Sunday, August 30, 2009

Infarksi miokardial

video

Definisi infarksi miokardium adalah kematian tisu jantung akibat tersekatnya aliran darah ke otot jantung
.
Etiologi
1. Coronary heart disease iaitu aterosclerosis dan arteriosclerosis
2. Faktor faktor risiko iaitu:
2.1 Umur disebabkan oleh kebebanan aktiviti ke atas jantung danproses penuaan yang mengakibatkan otot menjadi longgar.
2.2 Jantina di mana kejadian adalah lebih berkecenderungan kepada lelaki disebabkan oleh aktiviti aktiviti berat harian.
2.3 Sejarah keluarga iaitu hiperkolesterolemia dan hiperlipidemia.
2.4 Merokok yang mengurangkan oksigen ke jantung, menambahkan kadar denyutan jantung, menyenangkan proses pembekuan darah dan mencederakan dinding arteri koronari.
2.5 Hipertensi yang melemahkan dinding arteri yang berkecendurungan kepada formasi arteriosclerosis dan ruptur.
2.6 Kekurangan aktiviti fisikal yang melambatkan peredaran darah dan ini menyebahkan keadaan aterosclerosis dan arteriosclerosis.
2.7 Stres menkonstriksikan salur darah.
2.8 Obesiti yang diakibatkan oleh makanan lemak yang mengandungi banyak kolesterol. 2.9 Diabetes mellitus di mana makanan adalah tidak sihat dan mengandungi terlalu banyak gula dan kolesterol.
.
Patofisiologi
Sekatan / oklusi pada arteri koronari

Bekalan darah terputus

Iskemia dan nekrosis / infarksi tisu miokardium
.
Manifestasi klinikal
Kesakitan dada akibat dari pendilatan salur koronari dan ransangan saraf oleh adenosine
Dispnea disebabkan oleh kurang oksigen
Diaforesis akibat aktivasi system saraf simpatetik disebabkan oleh penurunan keluaran kardiak
Nausea dan muntah kerana ransangan saraf vagal
Demam disebabkan oleh kebebasan pyrogen dari tisu yang rosak contoh pyrogen adalah toksin dari microorganism
Oliguria kerana kurang keluaran kardiak yang memberi kesan kepada buah ginjal
.
Pengurusan bagi klien yang mengalami infarksi miokardial
Segera
Ubat-ubatan
Opiate analgesic contoh IV Morphine Sulphate
Vasodilator contoh Nitroglycerine sublingual, Nitroglycerine IV
Calcium channel blocker contoh Nifedipine
Beta blocking agent contoh Propranolol, Metaprolol
Vasopressor contoh Levarteenol, Dopamine, Dobutamine
Antiarrhythmic contoh Quinidine, Amiodarone, Verapamil, Digoxin
Thrombolytic therapy contoh Urokinase, Streptokinase
.
Komplikasi
Disritmia
Renjatan kardiogenik
Kegagalan kardiak
Embolisma pulmonary
Aneurisme
Embolisme
Dressler Syndrome – inflamasi kantung yang mengelilingi pericardium
Pericarditis
.
Pendidikan kesihatan
Proses penyakit
Rawatan
Medikasi
Komplikasi
Hidup sihat iaitu pemakanan, senaman, hentikan merokok, kurangkan stress, kurangkan berat badan
Rawatan susulan