Sunday, February 22, 2009

Demam reumatik

Definisi rheumatic fever adalah penyakit inflamatori pada injap jantung two hingga tiga minggu selepas jangkitan Group A Beta Hemolytic streptococcal.
.

Etiologi
Direbak dari penyakit faringitis yang disebabkan oleh group A Beta Hemolytic streptococci.
.
Faktor faktor mempradisposkan
Umur diantara 5 hingga 15 tahun
Kemiskinan - tinggal bersama, rumah rumah yang rapat, kurang nutrisi, tidak mampu berjumpa doktor
Melibatkan ahli ahli keluarga lain - penyakit berjangkit melalui titisan, makanan, minuman
.
Patofisiologi
Jangkitan Group A Beta hemolytic streptococci pada farinks
6
Imuniti jenis sel B diransangkan untuk menghasilkan antibodi bagi menyerang streptococcus
6
tetapi antibodi ini menyerang miokardium dan sendi sendi juga serta menyebabkan nekrosis dan fibrosis pada injap jantung dan tendinous cords
.
Manifestasi klinikal
Demam selepas dijangkiti oleh infeksi streptococci dan menyebabkan faringitis streptococcal atau tonsilitis streptococcal dengan suhu badan 38.9 hingga 40 darjah celsius
Arthralgia
Polyarthritis
Carditis
Nodus subkutanus pada skalp, tangan dan siku
Erythema marginatum iaitu ruam kulit berombak ombak, halus dan merah
Chorea iaitu pergerakan otot yang tidak tetap, menyental, tidak terkawal dan tidak dapat diramalkan
Sakit abdomen
Kelemahan, hilang berat badan dan anoreksia
.
Penyiasatan
ESR
Hb, TWDC
ECG - second degree heart black atau Wenchebach's syndrome, jarah P-R yang panjang
Kultur darah x 3 spesimen
Swab kerongkong untuk kultur dan sensitiviti untuk mengesan kehadiran organisma streptococci
Serum anti streptolysin titer adalah meningkat
Pemeriksaan fisikal iaitu nodus subkutaneus, erythema marginatum dan polyarthritis
.
Masalah kejururawatan
Hipertermia berkaitan dengan respons kepada inflamasi
Ambil tanda vital untuk mengetahui prognosis penyakit
.
Sakit sendi berkaitan dengan inflamasi diffuse
Rehatkan pesakit
.
Intoleransi aktiviti berkaitan dengan kelemahan, sakit sendi
Dengar aduan tentang kesakitan dada, palpitasi dan perasaan ketat di bahagian precordial
.
Defisit pengetahuan mengenai proses penyakit dan rawatan susulan
Makan makanan yang seimbang
Rujuk pesakit kepada unit kebajikan jika perlu jika beliau mengalami masalah kewangan berkaitan dengan penyakit
Jaga kebersihan diri
Rehat sekerap yang perlu
Dapat rawatan segera jika faringitis berlaku semula
Nasihati pesakit mengambil ubat penicillin sebagai prophylaxis sebelum sebarang pembedahan untuk mengelak rebakan penyakit ke organ yang penting
.
Ubat ubatan
Antibiotik contoh Penicillin atau Erythromycin
Salicylate contoh Aspirin
Steroid contoh Prednisolone