Sunday, February 22, 2009

Endocarditis

Definisi endokarditis adalah jangkitan pada lapisan dalaman jantung iaitu endokardium.
.
Jenis-jenis infective endocarditis mengikut organisma.
Akut endokarditis bakterial ialah disebabkan oleh:
Stapylococcus aures
.
Subakut endokariditis bakterial ( kronik ) ialah disebabkan oleh:
Streptococcus viridans
Streptococcus pneumoniae
Streptococcus kumpulan A, B, C
Enterococci
.
Faktor faktor mempradisposkan kepada penyakit
Penyakit sifilis
Surgeri kardiak - jangkitan akibat pembedahan di mana penggantian dimasukkan iaitu pacemaker, patches, grafs dan pintasan dialysis
Prolaps injap mitral
Penyakit injap reumatik disebabkan oleh demam reumatik
Keabnormalan injap aortik
Penyakit jantung kongenital sianotik
.
Patofisiologi
Dalam keadaan inflamasi, plan fibrin mengelilingi serta melindungi mikroorganisma yang hadir dalam jantung
6
mikroorganisma dilindung dari dimusnahkan oleh sel darah putih dan imuniti badan
6
vegetasi ini ( mikroorganisma, sel darah putih dan imuniti badan ) menjadi semakin besar
6
ini merosakkan , menebalkan, mengeraskan dan menjadi parut pada injap dan anulus fibrosus yang memberi sokongan kepada injap
6
vegetasi yang tertanggal dari injap akan mengalir ke limpa, buah ginjal, arteri koronari, otak dan peparu dan menyekat salur darah yang lebih kecil
.
Manifestasi klinikal
Demam berlaku secara insidius
Tanda tanda jangkitan seperti malaise, anoreksia, kelemahan
Tanda tanda penglibatan kardiak iaitu takikardia dan keluaran kardiak menurun
Tanda tanda embolisma pada organ organ berikut:
Limpa - ketenderan, splenomegaly, kesakitan abdomen
Renal - kesakitan, hematuria
Otak - gangguan penglihatan, gangguan pertuturan dan hemiplegia
Ekstremiti - gangren pada jejari tangan dan kaki
Peparu - dispnea, hemoptisis, batuk, kesakitan pleuritic
.
Penyelidikan
Kultur darah sekurang kurangnya dus spesimen positif dalam masa 36 - 48 jam
Peningkatan ESR
Hb,TWDC - anemia / leucocytosis
UFEME - hematuria
ECG
Echocardiogram - mengesan vegetasi dan lokasi seta saiz lesi
CXR
.
Diagnosis perawatan
Kurang keluaran kardiak berkaitan dengan gangguan fungsi injap
1. Monitor tekanan darah dan nadi bagi
1.1 mengesan kehadiran pulsus alternans yang menandakan kegagalan jantung kiri
1.2 meilai tekanan nadi iaitu 30 - 40 mmHg yang menunjukkan keluaran kardiak yang mencukupi
2. Nilaikan distensi venous jugular
3. Catiti carta pengambilan dan pengeluaran
4. Catit berat badan setiap hari
5. Monitor keputusan doktor selepas beliau mendengar jantung untuk kehadiran murmur atau crackles / rales
.
Hipertermia berkaitan dengan inflamasi
1. Cuci tangan sebelum dan selepas penjagaan perawatan
2. Jalankan tanggungjawab anda dalam penjagaan IV
2.1 catit masa pemasukan kanula
2.2 tukar kanula jika tromboflebitis berlaku
2.3 tukar dressing kanula setiap hari
3. Berikan suntikan antibiotic
3.1 tukar lokasi suntikan intraotot
3.2 perhatikan alahan kepada antibiotic seperti ruam, kesukaran bernafas, gatal dan demam
3.3 perhatikan kesan sampingan antibiotik iaitu gentamycin seperti kegagalan renal
3.4 monitor prognosis pesakit dalam masa 5 hingga 7 hari
4. Monitor suhu badan setiap 4 jam
4.1 rekod dalam carta TPR
4.2 mengenalpasti takikardia, takipnea dan hipertermia
4.3 lakukan mandi berjelum atau demahan sejuk
4.4 selimutkan pesakit jika rigor
5. Monitor keputusan WBC dan kultur darah
6. Galakkan pesakit minum lebih dari 3 liter sehari untuk membuang toksin dan mengelak kekurangan cecair badan
.
Potensi perubahan nutrisi berkaitan dengan kurang keperluan badan akibat dari anoreksia
1. Bincang makanan kegemaran pesakit
2. Rujuk kepada dietician
3. Galakkan makan sedikit demi sedikit tetapi kerap
4. Galakkan makanan rumah jika tidak ada kontraindikasi
5. Suapkan pesakit jika perlu
6. Ambil berat badan pesakit setiap minggu
7. Ases tahap selera pesakit
.
Kebimbangan berkaitan dengan penyakit akut
1. Galakkan pesakit meluahkan perasaan
2. Terangkan tentang semua prosedur
3. Berikan terapi peralihan
4. Berikan risalah
5. Galak ahli keluarga berinteraksi dengan pesakit
.
Defisit pengetahuan berkaitan proses penyakit dan penjagaan diri
1. Bincang tentang anatomi dan fisiologi jantung
2. Beri pesakit risalah
3. Bincang dengan pesakit cara jangkitan berlaku
4. Beritahu pesakit kenapa beliau memerlukan rawatan antibiotic jangka masa panjang
5. Ikut langkah langkah untuk mengelak infeksi contoh kebersihan oral
6. Galakkan klien dapatkan vaksinasi Hib
7. Nasihat wanita berkahwin untuk mengamal perancang keluarga selain dari IUD
8. Tegaskan bahawa rawatan susulan adalah penting
9. Rujuk kepada pekerja sosial untuk bantuan sebab rawatan adalah lama contoh bantuan kewangan pengangkutan dari rumah ke klinik
.
Ubat ubatan
Antibiotik untuk 4 - 6 minggu contoh IV Benzyl penicillin 2400000 unit daily - 100000000 unit daily untuk membunuh, mengelak vegetasi, mengurangkan komplikasi dan simtom dan relaps penyakit
IM / IV gentamicin 1 mg per kg tds untuk 2 minggu untuk menambahkan keberkesanan Benzyl penicillin