Sunday, February 22, 2009

Demam reumatik

Definisi rheumatic fever adalah penyakit inflamatori pada injap jantung two hingga tiga minggu selepas jangkitan Group A Beta Hemolytic streptococcal.
.

Etiologi
Direbak dari penyakit faringitis yang disebabkan oleh group A Beta Hemolytic streptococci.
.
Faktor faktor mempradisposkan
Umur diantara 5 hingga 15 tahun
Kemiskinan - tinggal bersama, rumah rumah yang rapat, kurang nutrisi, tidak mampu berjumpa doktor
Melibatkan ahli ahli keluarga lain - penyakit berjangkit melalui titisan, makanan, minuman
.
Patofisiologi
Jangkitan Group A Beta hemolytic streptococci pada farinks
6
Imuniti jenis sel B diransangkan untuk menghasilkan antibodi bagi menyerang streptococcus
6
tetapi antibodi ini menyerang miokardium dan sendi sendi juga serta menyebabkan nekrosis dan fibrosis pada injap jantung dan tendinous cords
.
Manifestasi klinikal
Demam selepas dijangkiti oleh infeksi streptococci dan menyebabkan faringitis streptococcal atau tonsilitis streptococcal dengan suhu badan 38.9 hingga 40 darjah celsius
Arthralgia
Polyarthritis
Carditis
Nodus subkutanus pada skalp, tangan dan siku
Erythema marginatum iaitu ruam kulit berombak ombak, halus dan merah
Chorea iaitu pergerakan otot yang tidak tetap, menyental, tidak terkawal dan tidak dapat diramalkan
Sakit abdomen
Kelemahan, hilang berat badan dan anoreksia
.
Penyiasatan
ESR
Hb, TWDC
ECG - second degree heart black atau Wenchebach's syndrome, jarah P-R yang panjang
Kultur darah x 3 spesimen
Swab kerongkong untuk kultur dan sensitiviti untuk mengesan kehadiran organisma streptococci
Serum anti streptolysin titer adalah meningkat
Pemeriksaan fisikal iaitu nodus subkutaneus, erythema marginatum dan polyarthritis
.
Masalah kejururawatan
Hipertermia berkaitan dengan respons kepada inflamasi
Ambil tanda vital untuk mengetahui prognosis penyakit
.
Sakit sendi berkaitan dengan inflamasi diffuse
Rehatkan pesakit
.
Intoleransi aktiviti berkaitan dengan kelemahan, sakit sendi
Dengar aduan tentang kesakitan dada, palpitasi dan perasaan ketat di bahagian precordial
.
Defisit pengetahuan mengenai proses penyakit dan rawatan susulan
Makan makanan yang seimbang
Rujuk pesakit kepada unit kebajikan jika perlu jika beliau mengalami masalah kewangan berkaitan dengan penyakit
Jaga kebersihan diri
Rehat sekerap yang perlu
Dapat rawatan segera jika faringitis berlaku semula
Nasihati pesakit mengambil ubat penicillin sebagai prophylaxis sebelum sebarang pembedahan untuk mengelak rebakan penyakit ke organ yang penting
.
Ubat ubatan
Antibiotik contoh Penicillin atau Erythromycin
Salicylate contoh Aspirin
Steroid contoh Prednisolone

Endocarditis

Definisi endokarditis adalah jangkitan pada lapisan dalaman jantung iaitu endokardium.
.
Jenis-jenis infective endocarditis mengikut organisma.
Akut endokarditis bakterial ialah disebabkan oleh:
Stapylococcus aures
.
Subakut endokariditis bakterial ( kronik ) ialah disebabkan oleh:
Streptococcus viridans
Streptococcus pneumoniae
Streptococcus kumpulan A, B, C
Enterococci
.
Faktor faktor mempradisposkan kepada penyakit
Penyakit sifilis
Surgeri kardiak - jangkitan akibat pembedahan di mana penggantian dimasukkan iaitu pacemaker, patches, grafs dan pintasan dialysis
Prolaps injap mitral
Penyakit injap reumatik disebabkan oleh demam reumatik
Keabnormalan injap aortik
Penyakit jantung kongenital sianotik
.
Patofisiologi
Dalam keadaan inflamasi, plan fibrin mengelilingi serta melindungi mikroorganisma yang hadir dalam jantung
6
mikroorganisma dilindung dari dimusnahkan oleh sel darah putih dan imuniti badan
6
vegetasi ini ( mikroorganisma, sel darah putih dan imuniti badan ) menjadi semakin besar
6
ini merosakkan , menebalkan, mengeraskan dan menjadi parut pada injap dan anulus fibrosus yang memberi sokongan kepada injap
6
vegetasi yang tertanggal dari injap akan mengalir ke limpa, buah ginjal, arteri koronari, otak dan peparu dan menyekat salur darah yang lebih kecil
.
Manifestasi klinikal
Demam berlaku secara insidius
Tanda tanda jangkitan seperti malaise, anoreksia, kelemahan
Tanda tanda penglibatan kardiak iaitu takikardia dan keluaran kardiak menurun
Tanda tanda embolisma pada organ organ berikut:
Limpa - ketenderan, splenomegaly, kesakitan abdomen
Renal - kesakitan, hematuria
Otak - gangguan penglihatan, gangguan pertuturan dan hemiplegia
Ekstremiti - gangren pada jejari tangan dan kaki
Peparu - dispnea, hemoptisis, batuk, kesakitan pleuritic
.
Penyelidikan
Kultur darah sekurang kurangnya dus spesimen positif dalam masa 36 - 48 jam
Peningkatan ESR
Hb,TWDC - anemia / leucocytosis
UFEME - hematuria
ECG
Echocardiogram - mengesan vegetasi dan lokasi seta saiz lesi
CXR
.
Diagnosis perawatan
Kurang keluaran kardiak berkaitan dengan gangguan fungsi injap
1. Monitor tekanan darah dan nadi bagi
1.1 mengesan kehadiran pulsus alternans yang menandakan kegagalan jantung kiri
1.2 meilai tekanan nadi iaitu 30 - 40 mmHg yang menunjukkan keluaran kardiak yang mencukupi
2. Nilaikan distensi venous jugular
3. Catiti carta pengambilan dan pengeluaran
4. Catit berat badan setiap hari
5. Monitor keputusan doktor selepas beliau mendengar jantung untuk kehadiran murmur atau crackles / rales
.
Hipertermia berkaitan dengan inflamasi
1. Cuci tangan sebelum dan selepas penjagaan perawatan
2. Jalankan tanggungjawab anda dalam penjagaan IV
2.1 catit masa pemasukan kanula
2.2 tukar kanula jika tromboflebitis berlaku
2.3 tukar dressing kanula setiap hari
3. Berikan suntikan antibiotic
3.1 tukar lokasi suntikan intraotot
3.2 perhatikan alahan kepada antibiotic seperti ruam, kesukaran bernafas, gatal dan demam
3.3 perhatikan kesan sampingan antibiotik iaitu gentamycin seperti kegagalan renal
3.4 monitor prognosis pesakit dalam masa 5 hingga 7 hari
4. Monitor suhu badan setiap 4 jam
4.1 rekod dalam carta TPR
4.2 mengenalpasti takikardia, takipnea dan hipertermia
4.3 lakukan mandi berjelum atau demahan sejuk
4.4 selimutkan pesakit jika rigor
5. Monitor keputusan WBC dan kultur darah
6. Galakkan pesakit minum lebih dari 3 liter sehari untuk membuang toksin dan mengelak kekurangan cecair badan
.
Potensi perubahan nutrisi berkaitan dengan kurang keperluan badan akibat dari anoreksia
1. Bincang makanan kegemaran pesakit
2. Rujuk kepada dietician
3. Galakkan makan sedikit demi sedikit tetapi kerap
4. Galakkan makanan rumah jika tidak ada kontraindikasi
5. Suapkan pesakit jika perlu
6. Ambil berat badan pesakit setiap minggu
7. Ases tahap selera pesakit
.
Kebimbangan berkaitan dengan penyakit akut
1. Galakkan pesakit meluahkan perasaan
2. Terangkan tentang semua prosedur
3. Berikan terapi peralihan
4. Berikan risalah
5. Galak ahli keluarga berinteraksi dengan pesakit
.
Defisit pengetahuan berkaitan proses penyakit dan penjagaan diri
1. Bincang tentang anatomi dan fisiologi jantung
2. Beri pesakit risalah
3. Bincang dengan pesakit cara jangkitan berlaku
4. Beritahu pesakit kenapa beliau memerlukan rawatan antibiotic jangka masa panjang
5. Ikut langkah langkah untuk mengelak infeksi contoh kebersihan oral
6. Galakkan klien dapatkan vaksinasi Hib
7. Nasihat wanita berkahwin untuk mengamal perancang keluarga selain dari IUD
8. Tegaskan bahawa rawatan susulan adalah penting
9. Rujuk kepada pekerja sosial untuk bantuan sebab rawatan adalah lama contoh bantuan kewangan pengangkutan dari rumah ke klinik
.
Ubat ubatan
Antibiotik untuk 4 - 6 minggu contoh IV Benzyl penicillin 2400000 unit daily - 100000000 unit daily untuk membunuh, mengelak vegetasi, mengurangkan komplikasi dan simtom dan relaps penyakit
IM / IV gentamicin 1 mg per kg tds untuk 2 minggu untuk menambahkan keberkesanan Benzyl penicillin

Sunday, February 15, 2009

Cerebrovascular accident

Definisi CVA adalah kematian sel sel otak akibat dari kekurangan oksigen disebabkan oleh ruptur / putus atau sekatan arteri otak.
.
Etiologi
1. Trombosis - disebabkan oleh atherosclerosis
2. Embolism - sekatan oleh kolesterol, kalsium, beku darah
3. Hemoraj - akibat dari aneurysm ( pembesaran dan kelemahan salur arteri )
.
Jenis stroke
1. Iskemic stroke akibat dari embolism dan trombosis
2. Haemorrhagic stroke akibat dari haemorrhage intracerebral dan subarachnoid
.
Faktor-faktor berisiko
1. Masalah CVS iaitu hipertensi
2. Paras hematocrit yang tinggi
3. Diabetes mellitus
4. Ubat oral perancang keluarga
5. Masa hipotensi yang lama
6. Salahguna ubat
.
Patofisiologi

Emboli dari aterosklerosis
6
menyekat salur darah di dalam otak dan mengurangkan bekalan darah
6
tekanan dekat trombosis menjadi semakin kuat
6
menyebabkan ruptur / putus salur darah
6
membentukan hematoma yang akan menekan sel sel otak
6
sel sel otak mati yang dikenali sebagai CVA
6
sel sel otak dekat dengan yang sudah mati masih boleh dipulihkan jika rawatan adala segera sebab ATP masih cukup
6
jika tidak ada rawatan segera sel sel ini juga akan mati dan menyebabkan keadaan lebih teruk
.
Manifestasi klinikal
Tanda tanda amaran seperti
1. bergantung kepada penyebab
1.1 Ischemic stroke
1.1.1 kelemahan otot muka, otot sternocleidomastoid dan kepala tidak dapat memusing
1.1.2 paralisis sebelah badan dan apraxia iaitu perubahan pergerak voluntari seperti kesukaran berjalan
1.1.3 kelemahan lidah untuk bergerak ke depan dan ke sisi
1.1.4 aphasia iaitu tidak dapat bercakap
1.1.5 gangguan penglihatan, nystagmus, ptosis ( mata drooping ) dan kelemahan otot okular
1.1.6 keliru
1.1.7 pening, kehilangan imbangan
.
1.2. Hemorrhagic stroke
1.2.1 sakit kepala
1.2.2 nausea dan muntah
1.2.3 sawan
1.2.4 photophobia dan mata fixed pada satu arah
1.2.5 kekakuan leher
1.2.6 stupor, rigid
.
2. defisit neurologik yang spesifik
2.1 kebas
2.2 perubahan hidu, rasa makanan, pendengaran
2.3 kekurangan refleks contoh gag, telan, reaksi pupil kepada cahaya
2.4 perubahan pernafasan dan denyutan jantung
2.5 defisit memori, menafikan keadaan ini
.
3. koma
.
Penyiasatan
1. X ray tengorak
2. Skan CT / MRI
3. Cerebral angiography
.
Komplikasi
1. Paralisis
2. Kesukaran bercakap, aphasia
3. Kesukaran menelan
4. Gangguan memori dan kesukaran memahami sesuatu
5. Kesakitan - kesakitan pada bahagian yang lumpuh dan dikesan oleh otak
6. Depressed
.
Intervensi kejururawatan
Gangguan mobiliti fisikal berkaitan dengan paralisis
1. Lakukan ROM bagi mengekalkan tonus otot bagi mengelak muscle wasting akibat paralisis
2. Galakkan ambulasi apabila keadaan pesakit stabil contoh duduk, pindah dari katil ke kerusi dan berjalan perlahan sebagai senaman
.
Gangguan klearans salur udara berkaitan dengan kelemahan / paralisis
.
Risiko tinggi gangguan perfusi tisu serebral berkaitan dengan IICP
.
Defisit penjagaan diri berkaitan dengan paralisis
.
Risiko tinggi untuk mendapatkan injuri berkaitan dengan paralisis
.
Gangguan komunikasi verbal berkaitan dengan aphasia akibat dari paralisis
.
Risiko tinggi gangguan nutrisi: kurang dari keperluan badan berkaitan dengan paralisis
.
Perubahan eliminasi urinari / bowel
.
Ubat-ubatan
1. CPR - airway, breathing, circulation
2. Ischaemic stroke / embolic stroke - anticoagulant / agent thrombolytic
3. Haemorrhagic stroke - merawat untuk edema serebral

Saturday, February 14, 2009

Acute pulmonary edema

Definisi pulmonary edema / oedema adalah pengumpulan cecair di dalam alveoli paru-paru.
.
Patofisiologi pulmonary edema
Peningkatan tekanan atrial kiri
6
Peningkatan tekanan darah dalam vena vena pulmonari
6
Peningkatan tekanan hydrostatic di dalam kapilari darah yang mengelilingi alveoli
6
Kebocoran cecair ke dalam alveoli dan interstitial pulmonari
6
Edema pulmonari
.
Etiologi pulmonary edema
1. Cardiogenic
1.1 Atherosclerosis 4 MI
1.2 Hipertensi
1.3 Valvular diseases4 CCF
1.4 Myopathy 4 Arrhythmia
1.5 Left sided congestive cardiac failure
2. Non cardiogenic
2.1 Circulatory overload - berlebihan cecair IVD
2.2 Sawan
2.3 Trauma kepala
2.4 Strangulasi
2.5 Cardioversion / defrib - kejutan elektrik
3. Alveolar
3.1 Lung injury - sedutan gas beracun
3.2 Kontusi pulmonari
3.3 Aspirasi
3.4 Torasentesis
3.5 Kerap transfusi darah
3.6 Pulmonary infection yang teruk seperti RDS
4. Lain-lain
4.1 Drug hypersensitivity contoh Penicillin
4.2 Sekatan salur pernafasan
4.3 Altitude tinggi contoh mendaki gunung yang tinggi
.
Manifestasi klinikal acute pulmonary edema
1. Dispnea
1.1 Orthopnea
1.2 Paroxysmal nocturanl dispnea
1.3 Wheezing
2. Gelisah
2.1 Bimbang
2.2 Tangan sejuk
3. Sianosis
4. Nadi - cetek dan cepat
5. Batuk
.
Jenis-jenis penyiasatan
1. X ray dada
2. Echo
3. Darah
3.1 ABG
3.2 Enzim kardiak
.
Intervensi perawatan
Gangguan pertukaran gas
.
Kebimbangan
.
Rawatan
1. Vasodilators
2. Iotropic agents
3. Diuretic
4. Sedatif