Sunday, January 4, 2009

Pengurusan perawatan penyakit jantung kongenital

1. Perubahan keluaran kardiak
i. Rancangkan penjagaan perawatan untuk memberi tempoh rehat yang tidak terganggu contoh mandi kerap, tukar baju kerap dan selalu mendukung kanak-kanak.
ii. Elak kanak-kanak dari selalu menangis:
- menyusu jika lapar
- selesaikan bayi
iii. Terangkan kepentingan rehat kepada kanak-kanak jika belaiu dapat faham
iv. Berikan terapi peralihan yang tidak mengguna banyak tenaga seperti mainan pasif
v. Elak meletakkan pesakit di dalam keadaan terlalu panas atau terlalu sejuk
vi. Elak dari keadaan sembelit
vii. Berikan ubat seperti berikut:
- Digoxin ( Lanoxin ) untuk menguatkan kontraksi jantung dan mengurangkan kadar denyutan jantung
- Diuretik iaitu Frusemide untuk merangsangkan pesakit berkencing supaya tekanan darah akan menurun
.
2. Anxiety / takut
i. Terangkan masalah jantung kepada ibubapa dan kanak-kanak jika beliau faham
- bincangkan keadaan jantung dalam bahasa yang boleh difahami
- jawab setiap soalan secara jujur
- jelaskan jika terdapat kemusykilan tentang penyakit
ii. Terangkan setiap prosedur yang akan di lakukan
- biarkan kanak-kanak dan ibubapanya meluahkan perasaan ketakutannya
- rujukkan kepada doktor jika perlu untuk mendapat penjelasan yang selanjut
iii. Sediakan kanak-kanak dan ahli keluarga untuk pembedahan dengan mengukuhkan penerangan yang sudah diberi oleh doktor
iv. Rujukkan kanak-kanak kepada pekerja sosial untuk mendapat bantuan jika beliau perlu untuk masa lama.
.
3. Defisit pengetahuan
i. Nasihat ibubapa tentang berikut:
- melengkapi imunisasi anak mereka
- makanan dan rehat yang mencukupi
- mengelak dan mengawal jangkitan
- pemeriksaan perubahan dan pengigian yang mengikut jadual. Pastikan antibiotik diberikan sebagai profilaksis untuk mengelak endokarditis infektif
- pemeriksaan jantung mengikut jadual
ii. Ajarkan ibubapa tentang kerosakan jantung dan rawatannya seperti berikut
- manifestasi klinikal chronic heart failure
- tanda episod hipoksia berkaitan dengan penyakit
- kehendak untuk mengelak dehidrasi yang menambahkan komplikasi trombosis
- mengambil langkah-langkah kecemasan bagi edema pulmonary dan cardiac arrest
- peralatan khas di rumah seperti bekalan oksigen
iii. Galakkan ibubapa menemani anak mereka
- elak terlalu memanjakannya
- elak mengetepikannya
- elak dari menunjukkan ketakutan di hadapan kanak-kanak
- bantu keluarga mengawal kemarahan, perasaan salah dan kebimbangan
- tegaskan tentang rawatan susulan
- faham bahawa tumbesaran kanak-kanak adalah mengikut keadaan sekarang