Sinus tachycardia adalah disritmia jantung apabila kadar denyutan jantung melebihi 100 seminit.
.
Etiologi
1. Kebimbangan
2. Senaman
3. Demam
4. Renjatan
5. Medikasi
6. Gangguan metabolisma seperti hipertiroidisma
7. Gangguan elektrolit
.
Patofisiologi
Nodus sinoatrial dipengaruhi oleh sistem saraf autonomik
6
Sistem saraf autonomik mengandungi saraf simpatetik dan saraf parasimpatetik dan bukan voluntari
6
Impuls dari saraf simpatetik merangsangkan nodus sinoatrial
6
jantung mengepam dengan cepat
.
Bacaan ECG
Kadar denyutan melebihi 100 seminit
Interval P-R: masa diambil adalah diantara 0.12 hingga 0.20 saat atau pada purata 0.16 saat
Jarak QRS: masa diambil adalah 0.06 saat
Gelombang T: hadir selepas kompleks QRS dan mempunyai pemesongan positif
.
Pengendalian kejururawatan
. Rehat
. Elak sembelit
. Hadkan pelawat
. Elak aktiviti lasak
. Elak caffeine dan alkohol
. Kurangkan stres contoh kerja
. Jadualkan penjagaan perawatan
. Pastikan pesakit komplian dengan ubat
. Berikan makanan pada suhu yang selesa
. Adakan terapi peralihan seperti baca buku
. Elak makan ubat dibeli sendiri contoh phenylephrine
.
Rawatan
1. Digitalis jika perlu untuk menambahkan keluaran kardiak
2. Rawatan bagi etiologi masalah ini