Friday, January 9, 2009

Angina Pectoris

Definisi angina pectoris
Angina pectoris ialah keadaan di mana klien merasa sakit dada yang kuat akibat dari penyakit jantung ischemic iaitu kekurangan pengaliran darah dan oksigen ke myocardium jantung.
( Angina bermaksud tercekik. Pectoris bermaksud dada. )
.


.
Faktor-faktor mempradisposkan angina pectoris
Kurang bekalan oksigen ke myocardium melalui coronary artery
a. Faktor salur darah
i. Atherosclerosis
Atherosclerosis ialah keadaan di mana salur artery jantung menjadi keras akibat dari akumulasi sel darah putih, cholesterol dan triglycerides pada dinding arteri. Lama-kelamaan keadaan ini akan menyekat artery tersebut.
ii. Kekejangan arteri dan penyempitan salur darah koronari akibat dari akumulasi tersebut
ii. Coronary arteritis
Inflamasi pada salur darah coronary akibat infeksi dan penyakit autoimun.

b. Faktor sirkulasi
i. Hipotensi
Tekanan darah menurun dan pengaliran darah ke myocardium menurun juga.
ii. Kecacatan kongenital - aortic stenosis
Jika injap aorta tidak berfungsi secara normal, pengaliran darah ke seluruh badan termasuk jantung sendiri adalah kekurangan.

c. Faktor darah
i. Anemia dan hipoksemia
Anemia ialah keadaan dimana darah, khususnya hemoglobin ialah berkurangan. Hemoglobin ialah bahagian di dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen. Dalam keadaan ini, jantung mengalami kekurangan bekalan darah dan oksigen.
ii. Polycythemia
Polycythemia adalah keadaan hemoconcentration dimana terdapatnya peningkat sel-sel darah dan ini akan menyekat pengaliran darah di dalam salur-salur darah.
.
Bebanan ke atas jantung akibat pertambahan keluaran jantung
a. Faktor fisiologi seperti senaman, emosi, selepas sarapan berat yang boleh meningkatkan kadar metabolisma badan. Lebih banyak darah perlu dipam ke seluruh badan. Ini menyebabkan jantung terpaksa bekerja kuat dan cepat. Untuk memenuhi keperluan badan, bekalan darah ke jantung sendiri akan berkurangan.
b. Faktor patologik seperti anemia dan hyperthyroidism.
Hyperthyroidism ialah pembesaran kelenjari thyroid. Fungsi thyroid ialah untuk mengawal kadar metabolisma badan. Jika thyroid menjadi besar, kadar metabolisma meningkat.
.
Peningkatan keperluan oksigen
i. Kerosakan myocardium
Jika terdapat kerosakan pada sebahagian myocardium, salur-salur arteri yang lain mungkin juga mengalami keadaan yang sempit juga.
ii. Myocardial hypertrophy
Myocardium menjadi lemah dan kuasa kontraktilitinya menurun. Jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukupnya.
iii. Aortic stenosis dan hypertension
Tekanan darah yang meningkat memaksa jantung bekerja lebih kuat dan cepat.
iv. Tekanan emosi
.
Patofisiologi

Akibat faktor-faktor berikut:
- vascular – vasospasm atau plak arterioslerotik
- kardiak artimia, stenosis valvular
- hematologi – anemia, hipoksi
- gangguan sistemik- hypertension
6
arteri koronari tidak dapat membekalkan darah beroksigen yang mencukupi
6
myocardium yang menjadi semakin iskemik akan menyebabkan penurunan pH darah, kekurangan potassium, akumulasi asid
6
keadaan ini dikenali sebagai hypoxic metabolites iaitu adenosine
6
apabila saraf pada salur koronari dirangsang oleh adenosine, pesakit akan merasa angina
6
dipercayai bahawa adenosine menyebabkan pendilatan salur koronari lebih dari apa yang di mampu
.
Manifestasi klinikal
1. Sakit dada
- bermula dari belakang sternum kiri, naik ke leher, tekak dan tangan kiri
- ketat dada, burning, arching atau choking
- bermual selepas aktiviti / stress
- reda dengan rehat, nitroglycerine
- kurang daripada 5 minit
- tanda Levine iaitu klien meletakkan genggaman tangan di tempat kesakitan
2. Diaphoresis
.
Penyelidikan yang dijalankan bagi klien dengan angina pectoris
A. Enzim jantung
1. Serum creatinine phosphokinase / CPK lebih dari 3.9 micromillimeter creatine per ml per hour at 37 degrees celcius bagi lelaki dewasa
2. Serum Aspartate Aminotransferase / AST ( serum glutamic oxaloacetic transaminase / SGOT ) lebih dari 35 units per liter ( U/L )
3. Serum Lactic dehydrogenase lebih dari 190 U/L
B. Darah
1. ESR lebih dari 10 mm
2. WBC lebih dari 10,000 uL
3. ABG - PaO2 kurang dari 80 mmHg
C. Radiologi
1. CXR – kardiomegali dan kegagalan ventrikel kiri
2. Coronary arteriography menunjukkan lesi arteri koronari
3. Echocardiography – keabnormalan dinding ventrikel kiri
D. ECG – perubahan pada ST elevation / depression
.
Rawatan perubatan
i. Vasodilator
Betul nama pesakit.
Betul ubat: Nitroglycerin
Betul dos: 1 tablet
Betul kekerapan: 3 kali sahaja, julat 5 minit
Betul cara: SL
Betul tandatangan.
.
Betul nama pesakit.
Betul ubat: Nitroglycerin
Betul dos: Tidak melebihi 500 mcg / ml
Betul kekerapan: infusi berterusan
Betul cara: IV infusi menggunakan pam siring
Betul tandatangan.
.
ii. Calcium channel blockers
Betul nama pesakit.
Betul ubat: Nifedipine
Betul dos: 10 mg
Betul kekerapan: TDS
Betul cara: oral tablet
Betul tandatangan.
.
iii. Beta blocking agents
Betul nama pesakit.
Betul ubat: Propranolol / Inderal
Betul dos: 80 mg
Betul kekerapan: TDS
Betul cara: oral tablet
Betul tandatangan.
.
iv. Agen antiplatelet
Betul nama pesakit.
Betul ubat: Tablet Acetylsalicylic acid / ASA ( Aspirin )
Betul dos: 80 mg
Betul kekerapan: OD
Betul cara: oral
Betul tandatangan.
.
Diagnosis kejururawatan
Gangguan dalam keselesaan: sakit berkaitan dengan iskemia miokardium
A. Perawatan kejururawatan
1. Lakukan penjagaan perawatan secara lemah-lembut, betul dan tepat buat kali pertama seperti memasang infusi IV bagi menjamin keselesaan pesakit.
2. Letakkan pesakit di sudut sunyi supaya beliau dapat rehat untuk mengurangkan kesakitannya
3. Berikan sokongan emosi contoh mengukuhkan informasi tentang pesakit supaya beliau tidak rasa bimbang sebab kebimbangan boleh menyebabkan kesakitan
4. Rancangkan jadual penjagaan pesakit supaya tidak merangsangkan kesakitannya.
5. Arahkan pesakit memberitahu jururawat / doctor jika kesakitan menjadi lebih kuat supaya rawatan lain boleh diberikan.
6. Lakukan pemonitoran ke atas keadaan pesakit apabila Nitroglycerin IV diberikan untuk mengetahui jika tahap kesakitan ada berkurangan
B. Ubat-ubatan
7. Berikan oksigen 2 L hingga 8 L seperti yang diarahkan oleh doctor bagi mengurangkan iskemia myocardium dan mengurangkan kesakitan.
8. Beri ubat Nitroglycerin bagi mendilatkan arteri koronari
9. Berikan narkotik seperti Morphine 5 mg setiap 4 jam atas arahan doctor bagi mengurangkan kesakitan.
10. Berikan ubat-ubat lain seperti Aspiran 80 mg OD bagi menghancurkan trombus pada salur koronari dan mengalakkan pengaliran darah ke miokardium
.
Perubahan isipadu kardiak berkaitan dengan gangguan fungsi jantung
A. Perawatan kejururawatan
1. Monitor tanda vital pesakit setiap 4 jam atau lebih kerap untuk mengetahui jika beliau mengalami kekurangan isipadu kardiak yang akan dimanifestasikan dengan keputusan berikut. Kurang dari tekanan darah 120/80. Kadar nadi lebih dari 84 per minit. Kadar pernafasan lebih dari 24 per minit.
2. Nilaikan keadaan pesakit dari segi kulit warna pucat dan sejuk sebab ini menandakan bahawa sirkulasi darah beliau adalah terjejas.
3. Monitor arterial blood gas dan jika PaO2 adalah kurang dari 80mmHg, ini perlu dilaporkan kepada doctor.
4. Catit carta pengambilan dan pengeluaran. Jika pengambilan adalah lebih dari pengeluaran, ini menandakan retensi cecair badan berkaitan dengan fungsi jantung yang lemah. ( Pengeluaran urin kurang dari 30 ml se jam ).
5. Nasihat pesakit berehat untuk mengurangkan keperluan untuk tenaga.
B. Ubat-ubatan
6. Beri oksigen 2 hingga 3 liter atau lebih atas arahan doctor bagi memenuhi keperluan jantung untuk oksigen.
7. Beri ubatan mengikut arahan doctor iaitu Nitroglycerin 1 tablet SL untuk mendilatkan arteri koronari.
.
Takut, anxiety dan bimbang berkaitan dengan penyakitnya dan kematian
A. Perawatan kejururawatan
1. Terangkan tentang peralatan yang digunakan, prosedur dan penilaian perawatan yang kerap kali dijalankan untuk mendapat kerjasama pesakit.
2. Bincangkan dengan pesakit dan ahli keluarga pengendalian penjagaan perawatan dan rawatan yang akan dijalankan seperti pemberian infusi Nitroglycerin yang berterusan supaya tidak merasa takut.
3. Perhatikan untuk tahap kebimbangan secara fisikal seperti peningkatan kadar nadi dan tanya pesakit jika beliau mempunyai sebarang kemusykilan.
4. Lakukan urutan belakang pesakit untuk mengalakkan relaksasi
5. Benarkan ahli keluarga menemani beliau supaya beliau tidak rasa terlalu takut
6. Galakkan pesakit mengamalkan kepercayaan beliau untuk mendapat ketenangan jiwa
7. Lakukan segala perawatan kejururawatan dengan betul dan yakin untuk mendapatkan kepercayaan pesakit
B. Ubat-ubatan
8. Berikan sedative seperti Diazepam 5 mg stat atas arahan doctor untuk menenangkan fikiran pesakit
.
Defisit pengetahuan pesakit tentang penyakit, jagaan diri / pendidikan kesihatan
A. Perawatan kejururawatan
1. Ambil makanan kurang lemak dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengurangkan mendapan lemak dalam salur koronari
2. Lakukan senaman yang selamat seperti berjalan 20 minit 3 kali seminggu untuk melancarkan pengaliran darah
3. Lakukan kerja mengikut kemampuan klien sendiri untuk mengelak meletihkan sendiri yang akan menyebabkan kesakitan lagi
4. Kurangkan stres seperti mengamalkan fikiran yang terbuka supaya tidak selalu marah
5. Berhenti tabiat buruk seperti merokok yang boleh menyebabkan penyempitan salur koronari
6. Datang untuk rawatan susulan untuk mengetahui prognosis keadaan
B. Ubat-ubatan
7. Komplian dengan ubat-ubatan seperti Nitroglycerin SL 1 tablet jika ada sakit jantung sahaja untuk mendilatkan salur koronari
8. Ikut nasihat doctor contoh jika perlukan pembedahan untuk memperbaiki keadaan
.
Komplikasi angina pectoris
1. Penyempitan arteri koronari lama kelamaan akan menjadi tersekat.
2. Kekurangan bekalan darah lama kelamaan akan menyebabkan kematian myocardium yang dikenali sebagai acute myocardial infarction. ( AMI )
3. AMI menyebabkan renjatan dan kegagalan fungsi jantung
4. Aritmia berlaku akibat dari kekurangan bekalan darah dan ini menyebabkan kelemahan dan gangguan kontraksi jantung.
5. Apabila peredaran darah di antara jantung dan paru-paru menjadi kurang baik, plasma akan berkumpul di dalam paru-paru dan menyebabkan edema pulmonary
6. Gangguan peredaran darah di dalam paru-paru akan menyebabkan pengumpulan sel sel darah dan ini dikenali sebagai embolisma pulmonary.
.
Pendidikan kesihatan
1. Berhenti merokok
2. Makan makanan yang sihat contoh kurangkan lemak, tambahkan buah buahan dan sayur sayuran
3. Lakukan senaman pasif 20 minit sehari, 3 kali seminggu
4. Kurangkan berat badan
5. Komplian dengan rawatan
6. Teruskan rawatan bagi diabetes, hipertensi dan kolesterol tinggi jika ada
7. Rehat sebelum angina menyerang
8. Elakkan makanan yang terlalu banyak
9. Lakukan relaksasi untuk mengurangkan stress