Sinus bradycardia adalah disritmia jantung apabila kadar denyutan jantung adalah kurang dari 60 seminit
.
Etiologi
1. Infarksi miokardial
2. Kesan sampingan ubat Digoxin
3. Senaman lasak yang biasa dilakukan dan fungsi jantung menjadi kuat
4. Penuaan - tisu fibrotik terjadi di jantung dan parut di nodus sinoatrial
5. Hipotiroidisma - penurunan aktiviti metabolik di dalam sel sel badan yang mengurangkan keperluan oksigen, nutrien dan suhu badan
.
Patofisiologi
Etiologi ini mengurangkan kadar denyutan jantung
.
Bacaan ECG
Kadar denyutan kurang dari 60 seminit
Interval P-R: masa diambil adalah diantara 0.12 hingga0.20 saat atau 0.18 saat
Interval QRS: masa diambil adalah 0.06 saat
Gelombang T: hadir selepas kompleks QRS dan mempunyai pemesongan positif
.
Pengendalian kejururawatan:
Monitor tanda vital
Kurangkan berat badan
Monitor kesan sampingan ubat yang menyebabkan sinus bradycardia contoh beta blocker, calcium channel blocker, anti arrhythmic
.
Rawatan
1. Pacemaker
2. iv Isoproterenol 1 mg / 500 ml DW adalah untuk rangsangan simpatetik
3. iv Atropine 0.5 hingga 1 mg akan menghalang rangsangan vagal ke atas nodus SA dan ini mempercepatkan kadar jantung