Sunday, January 18, 2009

Ventricular fibrillation

Definisi
Ventricular fibrillation adalah kontraksi otot kardiak yang tidak teratur yang menyebabkan ventrikel bergegar ( dan bukan kontrak ) pada kadar melebihi 300 denyutan seminit yang akan membawa maut jika rawatan segera tidak dijalankan.
.
Etiologi
Hiperkalemia
Infarksi miokardial akut
Asidosis menyebabkan V.F.
.
Patofisiologi
Iskemia jantung
6
gangguan impuls saraf
6
keluaran kardiak menjadi kurang
6
pesakit akan mati
.
Bacaan ECG
Disritmia
Ketiadaan interval P-R
Ketiadaan gelombang P
Kompleks QRS yang abnormal
Gelombang T kurang jelas
Kadar denyutan tidak dapat disukat sebab ketiadaan kompleks QRS
.
Pengendalian kejururawatan
Bantu dalam rawatan kecemasan
.
Rawatan
1. Sodium bicarbonate bagi merawat keadaan lactic acidosis
2. Lakukan electrical defibrillation 200 hingga 400 watt sesaat
3. Epinephrine Hydrochloride untuk menjadikan defribilasi lebih memuaskan

Ventricular tachycardia

Definisi
Ventricular tachycardia adalah takikardia salah satu ventrikel sahaja yang boleh menyebabkan kurang keluaran kardiak, ventricular fibrillation dan kematian pesakit.
.
Etiologi
a. Infarksi miokardial akut
b. Kesan sampingan ubat digitalis atau isoproterenol
c. Gangguan elektrolit yang menyebabkan disritmia kardiak
d. Sindrome Wolff-Parkinson-White di mana ritma yang cepat akan menjadi perlahan
e. Lactic acidosis iaitu gula ringkas yang terbentuk dalam sel sel sebagai hasil muktamad metabolisma glukosa semasa ketiadaan oksigen
.
Patofisiologi
Iskemia miokardium
6
parut pada tempat iskemia
6
impuls dari nodus AV hanya sampai ke parut ini
6
dari parut ini, impuls akan dihantar sekali lagi
6
takikardia
.
Bacaan ECG
Disritmia
Interval P-R tidak dapat disukat
Kadar di antara 140 hingga 220 seminit
Kompleks QRS mengambil lebih dari 0.12 saat
Gelombang T: pemesongannya adalah ke bawah
.
Pengendalian kejururawatan
Berikan oksigen
Ambil tanda vital
.
Rawatan
iv Lidocaine 1 hingga 4 mg / minit
Hentikan ubat Quinidine kerana kesan sampingannya adalah VT
Electrical cardioversion bagi mengembalikan ritma yang normal

Asystole

Definisi
Asystole adalah keadaan dimana jantung berhenti dan pesakit mati seterusnya jika tidak ada rawatan segera. Keadaan ini digunakan untuk mengesahkan kematian pesakit.
.
Etiologi
Trauma
Asidosis
Hipoksia
Keracunan
Hipotermia
Hipotermia
Hipoglisemia
Ubat dos tinggi
Cardiac tamponade
Hiper / hipokalemia
Tension pneumotoraks
Myocardial infarction akibat trombosis
Pulmonary embolisma akibat dari trombosis
.
Pengendalian kejururawatan
Membantu doktor dalam bantuan kecemasan
.
Rawatan
. Vasopressin atau epinephrine atau atropine
. Tekanan dada dan defribilasi

Premature ventricular contraction

Definisi PVC
PVC adalah disritmia jantung pada ventrikel di mana selain daripada denyutan normal daripadanya, juga didapati denyutan ektopik yang awal.
.
Etiologi
Hipokalemia
Hipermetabolisma
Kekurangan oksigen
Infarksi miokardial akut
Kesan sampingan ubat Digoxin, Dobutamine, Imipramine ( anti depressant ) dan Aminophylline
.
Patofisiologi

Etiologi
6
Otot jantung mengalami electric irritability ( rangsangan impuls yang mudah dan cepat )
6
Keluaran impuls yang awal tanpa menunggu keluaran elektrik yang normal dari nodus SA
.
Bacaan ECG
Disritmia
Interval P-R tidak dapat disukat
Kompleks ORS mengambil masa lebih dari 0.12 saat
Gelombang P tidak jadi disebabkan oleh impuls ektopik
Gelombang T: pemesongan ke bawah
.
Pengendalian kejururawatan
Kurangkan stres
Lakukan senaman
Elak alkohol atau rokok
.
Rawatan
iv Lidocaine Hydrochloride atau Procainamide atau Bretylium Tosylate untuk mengawal denyutan jantung
Atropine untuk mencepatkan kadar jantung secara keseluruhan, sambil menghentikan kadar ventrikular

Atrial fibrillation

Definisi AF
Atrial fibrillation ialah disritmia jantung disebabkan oleh pengeluaran impuls dari beberapa bahagian atrium.
.
Etiologi
1. Ubat digitalis
2. Penyakit valvular
3. Infarksi miokardial akut
4. Fibrosis dengan proses penuaan
.
Patofisiologi
Etiologi
6
Atrium menjadi dilat
6
Rangsangan renin aldosterone angiotensin system (RAAS)
6
Gangguan pada atrium iaitu fibrosis nodus sinoatrial dan kehilangan jisim otot atrial
6
impuls adalah di merata tempat pada dua atrium dan bukan dari nodus SA sahaja
6
atrial fibrillation

Bacaan ECG Disritmia Kadar atrium terlalu cepat Interval P-R: tidak dapat disukat
Gelombang P: kehadiran gelombang F yang kecil

Pengendalian kejururawatan 1. Berhenti merokok 2. Dapatkan berat badan yang normal 3. Makan makanan yang berkhasiat dan kurangkan LDL 4. Bersenaman 20 minit 3 kali seminggu jenis pasif 5. Elak alkohol dan caffeine

Rawatan 1. Digitalis 2. Calcium ion antagonist 3. Electrical cardioversion / defribillation 4. Beta-adrenegic blocking drugs 5. Quinidine - menghentikan ectopic foci

Saturday, January 17, 2009

Sinus bradycardia

Definisi
Sinus bradycardia adalah disritmia jantung apabila kadar denyutan jantung adalah kurang dari 60 seminit
.
Etiologi
1. Infarksi miokardial
2. Kesan sampingan ubat Digoxin
3. Senaman lasak yang biasa dilakukan dan fungsi jantung menjadi kuat
4. Penuaan - tisu fibrotik terjadi di jantung dan parut di nodus sinoatrial
5. Hipotiroidisma - penurunan aktiviti metabolik di dalam sel sel badan yang mengurangkan keperluan oksigen, nutrien dan suhu badan
.
Patofisiologi
Etiologi ini mengurangkan kadar denyutan jantung
.
Bacaan ECG
Kadar denyutan kurang dari 60 seminit
Interval P-R: masa diambil adalah diantara 0.12 hingga0.20 saat atau 0.18 saat
Interval QRS: masa diambil adalah 0.06 saat
Gelombang T: hadir selepas kompleks QRS dan mempunyai pemesongan positif
.
Pengendalian kejururawatan:
Monitor tanda vital
Kurangkan berat badan
Monitor kesan sampingan ubat yang menyebabkan sinus bradycardia contoh beta blocker, calcium channel blocker, anti arrhythmic
.
Rawatan
1. Pacemaker

2. iv Isoproterenol 1 mg / 500 ml DW adalah untuk rangsangan simpatetik
3. iv Atropine 0.5 hingga 1 mg akan menghalang rangsangan vagal ke atas nodus SA dan ini mempercepatkan kadar jantung

Sinus tachycardia

Definisi
Sinus tachycardia adalah disritmia jantung apabila kadar denyutan jantung melebihi 100 seminit.
.
Etiologi
1. Kebimbangan
2. Senaman
3. Demam
4. Renjatan
5. Medikasi
6. Gangguan metabolisma seperti hipertiroidisma
7. Gangguan elektrolit
.
Patofisiologi
Nodus sinoatrial dipengaruhi oleh sistem saraf autonomik
6
Sistem saraf autonomik mengandungi saraf simpatetik dan saraf parasimpatetik dan bukan voluntari
6
Impuls dari saraf simpatetik merangsangkan nodus sinoatrial
6
jantung mengepam dengan cepat
.
Bacaan ECG
Kadar denyutan melebihi 100 seminit
Interval P-R: masa diambil adalah diantara 0.12 hingga 0.20 saat atau pada purata 0.16 saat
Jarak QRS: masa diambil adalah 0.06 saat
Gelombang T: hadir selepas kompleks QRS dan mempunyai pemesongan positif
.
Pengendalian kejururawatan
. Rehat
. Elak sembelit
. Hadkan pelawat
. Elak aktiviti lasak
. Elak caffeine dan alkohol
. Kurangkan stres contoh kerja
. Jadualkan penjagaan perawatan
. Pastikan pesakit komplian dengan ubat
. Berikan makanan pada suhu yang selesa
. Adakan terapi peralihan seperti baca buku
. Elak makan ubat dibeli sendiri contoh phenylephrine
.
Rawatan
1. Digitalis jika perlu untuk menambahkan keluaran kardiak
2. Rawatan bagi etiologi masalah ini

Friday, January 9, 2009

Angina Pectoris

Definisi angina pectoris
Angina pectoris ialah keadaan di mana klien merasa sakit dada yang kuat akibat dari penyakit jantung ischemic iaitu kekurangan pengaliran darah dan oksigen ke myocardium jantung.
( Angina bermaksud tercekik. Pectoris bermaksud dada. )
.


.
Faktor-faktor mempradisposkan angina pectoris
Kurang bekalan oksigen ke myocardium melalui coronary artery
a. Faktor salur darah
i. Atherosclerosis
Atherosclerosis ialah keadaan di mana salur artery jantung menjadi keras akibat dari akumulasi sel darah putih, cholesterol dan triglycerides pada dinding arteri. Lama-kelamaan keadaan ini akan menyekat artery tersebut.
ii. Kekejangan arteri dan penyempitan salur darah koronari akibat dari akumulasi tersebut
ii. Coronary arteritis
Inflamasi pada salur darah coronary akibat infeksi dan penyakit autoimun.

b. Faktor sirkulasi
i. Hipotensi
Tekanan darah menurun dan pengaliran darah ke myocardium menurun juga.
ii. Kecacatan kongenital - aortic stenosis
Jika injap aorta tidak berfungsi secara normal, pengaliran darah ke seluruh badan termasuk jantung sendiri adalah kekurangan.

c. Faktor darah
i. Anemia dan hipoksemia
Anemia ialah keadaan dimana darah, khususnya hemoglobin ialah berkurangan. Hemoglobin ialah bahagian di dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen. Dalam keadaan ini, jantung mengalami kekurangan bekalan darah dan oksigen.
ii. Polycythemia
Polycythemia adalah keadaan hemoconcentration dimana terdapatnya peningkat sel-sel darah dan ini akan menyekat pengaliran darah di dalam salur-salur darah.
.
Bebanan ke atas jantung akibat pertambahan keluaran jantung
a. Faktor fisiologi seperti senaman, emosi, selepas sarapan berat yang boleh meningkatkan kadar metabolisma badan. Lebih banyak darah perlu dipam ke seluruh badan. Ini menyebabkan jantung terpaksa bekerja kuat dan cepat. Untuk memenuhi keperluan badan, bekalan darah ke jantung sendiri akan berkurangan.
b. Faktor patologik seperti anemia dan hyperthyroidism.
Hyperthyroidism ialah pembesaran kelenjari thyroid. Fungsi thyroid ialah untuk mengawal kadar metabolisma badan. Jika thyroid menjadi besar, kadar metabolisma meningkat.
.
Peningkatan keperluan oksigen
i. Kerosakan myocardium
Jika terdapat kerosakan pada sebahagian myocardium, salur-salur arteri yang lain mungkin juga mengalami keadaan yang sempit juga.
ii. Myocardial hypertrophy
Myocardium menjadi lemah dan kuasa kontraktilitinya menurun. Jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukupnya.
iii. Aortic stenosis dan hypertension
Tekanan darah yang meningkat memaksa jantung bekerja lebih kuat dan cepat.
iv. Tekanan emosi
.
Patofisiologi

Akibat faktor-faktor berikut:
- vascular – vasospasm atau plak arterioslerotik
- kardiak artimia, stenosis valvular
- hematologi – anemia, hipoksi
- gangguan sistemik- hypertension
6
arteri koronari tidak dapat membekalkan darah beroksigen yang mencukupi
6
myocardium yang menjadi semakin iskemik akan menyebabkan penurunan pH darah, kekurangan potassium, akumulasi asid
6
keadaan ini dikenali sebagai hypoxic metabolites iaitu adenosine
6
apabila saraf pada salur koronari dirangsang oleh adenosine, pesakit akan merasa angina
6
dipercayai bahawa adenosine menyebabkan pendilatan salur koronari lebih dari apa yang di mampu
.
Manifestasi klinikal
1. Sakit dada
- bermula dari belakang sternum kiri, naik ke leher, tekak dan tangan kiri
- ketat dada, burning, arching atau choking
- bermual selepas aktiviti / stress
- reda dengan rehat, nitroglycerine
- kurang daripada 5 minit
- tanda Levine iaitu klien meletakkan genggaman tangan di tempat kesakitan
2. Diaphoresis
.
Penyelidikan yang dijalankan bagi klien dengan angina pectoris
A. Enzim jantung
1. Serum creatinine phosphokinase / CPK lebih dari 3.9 micromillimeter creatine per ml per hour at 37 degrees celcius bagi lelaki dewasa
2. Serum Aspartate Aminotransferase / AST ( serum glutamic oxaloacetic transaminase / SGOT ) lebih dari 35 units per liter ( U/L )
3. Serum Lactic dehydrogenase lebih dari 190 U/L
B. Darah
1. ESR lebih dari 10 mm
2. WBC lebih dari 10,000 uL
3. ABG - PaO2 kurang dari 80 mmHg
C. Radiologi
1. CXR – kardiomegali dan kegagalan ventrikel kiri
2. Coronary arteriography menunjukkan lesi arteri koronari
3. Echocardiography – keabnormalan dinding ventrikel kiri
D. ECG – perubahan pada ST elevation / depression
.
Rawatan perubatan
i. Vasodilator
Betul nama pesakit.
Betul ubat: Nitroglycerin
Betul dos: 1 tablet
Betul kekerapan: 3 kali sahaja, julat 5 minit
Betul cara: SL
Betul tandatangan.
.
Betul nama pesakit.
Betul ubat: Nitroglycerin
Betul dos: Tidak melebihi 500 mcg / ml
Betul kekerapan: infusi berterusan
Betul cara: IV infusi menggunakan pam siring
Betul tandatangan.
.
ii. Calcium channel blockers
Betul nama pesakit.
Betul ubat: Nifedipine
Betul dos: 10 mg
Betul kekerapan: TDS
Betul cara: oral tablet
Betul tandatangan.
.
iii. Beta blocking agents
Betul nama pesakit.
Betul ubat: Propranolol / Inderal
Betul dos: 80 mg
Betul kekerapan: TDS
Betul cara: oral tablet
Betul tandatangan.
.
iv. Agen antiplatelet
Betul nama pesakit.
Betul ubat: Tablet Acetylsalicylic acid / ASA ( Aspirin )
Betul dos: 80 mg
Betul kekerapan: OD
Betul cara: oral
Betul tandatangan.
.
Diagnosis kejururawatan
Gangguan dalam keselesaan: sakit berkaitan dengan iskemia miokardium
A. Perawatan kejururawatan
1. Lakukan penjagaan perawatan secara lemah-lembut, betul dan tepat buat kali pertama seperti memasang infusi IV bagi menjamin keselesaan pesakit.
2. Letakkan pesakit di sudut sunyi supaya beliau dapat rehat untuk mengurangkan kesakitannya
3. Berikan sokongan emosi contoh mengukuhkan informasi tentang pesakit supaya beliau tidak rasa bimbang sebab kebimbangan boleh menyebabkan kesakitan
4. Rancangkan jadual penjagaan pesakit supaya tidak merangsangkan kesakitannya.
5. Arahkan pesakit memberitahu jururawat / doctor jika kesakitan menjadi lebih kuat supaya rawatan lain boleh diberikan.
6. Lakukan pemonitoran ke atas keadaan pesakit apabila Nitroglycerin IV diberikan untuk mengetahui jika tahap kesakitan ada berkurangan
B. Ubat-ubatan
7. Berikan oksigen 2 L hingga 8 L seperti yang diarahkan oleh doctor bagi mengurangkan iskemia myocardium dan mengurangkan kesakitan.
8. Beri ubat Nitroglycerin bagi mendilatkan arteri koronari
9. Berikan narkotik seperti Morphine 5 mg setiap 4 jam atas arahan doctor bagi mengurangkan kesakitan.
10. Berikan ubat-ubat lain seperti Aspiran 80 mg OD bagi menghancurkan trombus pada salur koronari dan mengalakkan pengaliran darah ke miokardium
.
Perubahan isipadu kardiak berkaitan dengan gangguan fungsi jantung
A. Perawatan kejururawatan
1. Monitor tanda vital pesakit setiap 4 jam atau lebih kerap untuk mengetahui jika beliau mengalami kekurangan isipadu kardiak yang akan dimanifestasikan dengan keputusan berikut. Kurang dari tekanan darah 120/80. Kadar nadi lebih dari 84 per minit. Kadar pernafasan lebih dari 24 per minit.
2. Nilaikan keadaan pesakit dari segi kulit warna pucat dan sejuk sebab ini menandakan bahawa sirkulasi darah beliau adalah terjejas.
3. Monitor arterial blood gas dan jika PaO2 adalah kurang dari 80mmHg, ini perlu dilaporkan kepada doctor.
4. Catit carta pengambilan dan pengeluaran. Jika pengambilan adalah lebih dari pengeluaran, ini menandakan retensi cecair badan berkaitan dengan fungsi jantung yang lemah. ( Pengeluaran urin kurang dari 30 ml se jam ).
5. Nasihat pesakit berehat untuk mengurangkan keperluan untuk tenaga.
B. Ubat-ubatan
6. Beri oksigen 2 hingga 3 liter atau lebih atas arahan doctor bagi memenuhi keperluan jantung untuk oksigen.
7. Beri ubatan mengikut arahan doctor iaitu Nitroglycerin 1 tablet SL untuk mendilatkan arteri koronari.
.
Takut, anxiety dan bimbang berkaitan dengan penyakitnya dan kematian
A. Perawatan kejururawatan
1. Terangkan tentang peralatan yang digunakan, prosedur dan penilaian perawatan yang kerap kali dijalankan untuk mendapat kerjasama pesakit.
2. Bincangkan dengan pesakit dan ahli keluarga pengendalian penjagaan perawatan dan rawatan yang akan dijalankan seperti pemberian infusi Nitroglycerin yang berterusan supaya tidak merasa takut.
3. Perhatikan untuk tahap kebimbangan secara fisikal seperti peningkatan kadar nadi dan tanya pesakit jika beliau mempunyai sebarang kemusykilan.
4. Lakukan urutan belakang pesakit untuk mengalakkan relaksasi
5. Benarkan ahli keluarga menemani beliau supaya beliau tidak rasa terlalu takut
6. Galakkan pesakit mengamalkan kepercayaan beliau untuk mendapat ketenangan jiwa
7. Lakukan segala perawatan kejururawatan dengan betul dan yakin untuk mendapatkan kepercayaan pesakit
B. Ubat-ubatan
8. Berikan sedative seperti Diazepam 5 mg stat atas arahan doctor untuk menenangkan fikiran pesakit
.
Defisit pengetahuan pesakit tentang penyakit, jagaan diri / pendidikan kesihatan
A. Perawatan kejururawatan
1. Ambil makanan kurang lemak dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengurangkan mendapan lemak dalam salur koronari
2. Lakukan senaman yang selamat seperti berjalan 20 minit 3 kali seminggu untuk melancarkan pengaliran darah
3. Lakukan kerja mengikut kemampuan klien sendiri untuk mengelak meletihkan sendiri yang akan menyebabkan kesakitan lagi
4. Kurangkan stres seperti mengamalkan fikiran yang terbuka supaya tidak selalu marah
5. Berhenti tabiat buruk seperti merokok yang boleh menyebabkan penyempitan salur koronari
6. Datang untuk rawatan susulan untuk mengetahui prognosis keadaan
B. Ubat-ubatan
7. Komplian dengan ubat-ubatan seperti Nitroglycerin SL 1 tablet jika ada sakit jantung sahaja untuk mendilatkan salur koronari
8. Ikut nasihat doctor contoh jika perlukan pembedahan untuk memperbaiki keadaan
.
Komplikasi angina pectoris
1. Penyempitan arteri koronari lama kelamaan akan menjadi tersekat.
2. Kekurangan bekalan darah lama kelamaan akan menyebabkan kematian myocardium yang dikenali sebagai acute myocardial infarction. ( AMI )
3. AMI menyebabkan renjatan dan kegagalan fungsi jantung
4. Aritmia berlaku akibat dari kekurangan bekalan darah dan ini menyebabkan kelemahan dan gangguan kontraksi jantung.
5. Apabila peredaran darah di antara jantung dan paru-paru menjadi kurang baik, plasma akan berkumpul di dalam paru-paru dan menyebabkan edema pulmonary
6. Gangguan peredaran darah di dalam paru-paru akan menyebabkan pengumpulan sel sel darah dan ini dikenali sebagai embolisma pulmonary.
.
Pendidikan kesihatan
1. Berhenti merokok
2. Makan makanan yang sihat contoh kurangkan lemak, tambahkan buah buahan dan sayur sayuran
3. Lakukan senaman pasif 20 minit sehari, 3 kali seminggu
4. Kurangkan berat badan
5. Komplian dengan rawatan
6. Teruskan rawatan bagi diabetes, hipertensi dan kolesterol tinggi jika ada
7. Rehat sebelum angina menyerang
8. Elakkan makanan yang terlalu banyak
9. Lakukan relaksasi untuk mengurangkan stress

Sunday, January 4, 2009

Pengurusan perawatan penyakit jantung kongenital

1. Perubahan keluaran kardiak
i. Rancangkan penjagaan perawatan untuk memberi tempoh rehat yang tidak terganggu contoh mandi kerap, tukar baju kerap dan selalu mendukung kanak-kanak.
ii. Elak kanak-kanak dari selalu menangis:
- menyusu jika lapar
- selesaikan bayi
iii. Terangkan kepentingan rehat kepada kanak-kanak jika belaiu dapat faham
iv. Berikan terapi peralihan yang tidak mengguna banyak tenaga seperti mainan pasif
v. Elak meletakkan pesakit di dalam keadaan terlalu panas atau terlalu sejuk
vi. Elak dari keadaan sembelit
vii. Berikan ubat seperti berikut:
- Digoxin ( Lanoxin ) untuk menguatkan kontraksi jantung dan mengurangkan kadar denyutan jantung
- Diuretik iaitu Frusemide untuk merangsangkan pesakit berkencing supaya tekanan darah akan menurun
.
2. Anxiety / takut
i. Terangkan masalah jantung kepada ibubapa dan kanak-kanak jika beliau faham
- bincangkan keadaan jantung dalam bahasa yang boleh difahami
- jawab setiap soalan secara jujur
- jelaskan jika terdapat kemusykilan tentang penyakit
ii. Terangkan setiap prosedur yang akan di lakukan
- biarkan kanak-kanak dan ibubapanya meluahkan perasaan ketakutannya
- rujukkan kepada doktor jika perlu untuk mendapat penjelasan yang selanjut
iii. Sediakan kanak-kanak dan ahli keluarga untuk pembedahan dengan mengukuhkan penerangan yang sudah diberi oleh doktor
iv. Rujukkan kanak-kanak kepada pekerja sosial untuk mendapat bantuan jika beliau perlu untuk masa lama.
.
3. Defisit pengetahuan
i. Nasihat ibubapa tentang berikut:
- melengkapi imunisasi anak mereka
- makanan dan rehat yang mencukupi
- mengelak dan mengawal jangkitan
- pemeriksaan perubahan dan pengigian yang mengikut jadual. Pastikan antibiotik diberikan sebagai profilaksis untuk mengelak endokarditis infektif
- pemeriksaan jantung mengikut jadual
ii. Ajarkan ibubapa tentang kerosakan jantung dan rawatannya seperti berikut
- manifestasi klinikal chronic heart failure
- tanda episod hipoksia berkaitan dengan penyakit
- kehendak untuk mengelak dehidrasi yang menambahkan komplikasi trombosis
- mengambil langkah-langkah kecemasan bagi edema pulmonary dan cardiac arrest
- peralatan khas di rumah seperti bekalan oksigen
iii. Galakkan ibubapa menemani anak mereka
- elak terlalu memanjakannya
- elak mengetepikannya
- elak dari menunjukkan ketakutan di hadapan kanak-kanak
- bantu keluarga mengawal kemarahan, perasaan salah dan kebimbangan
- tegaskan tentang rawatan susulan
- faham bahawa tumbesaran kanak-kanak adalah mengikut keadaan sekarang

Persistent ductus arteriosus

Definisi persistent / patent ductus arteriosus
Persistent ductus arteriosus ialah pembukaan tetap di antara arteri pulmonari dan aorta yang menyebabkan left to right shunt / aliran darah dari kiri ke kanan.

Patofisiologi
Semasa bayi di dalam kandung ibu
6
Ductus arteriosus adalah saluran bagi pengaliran darah dari arteri pulmonari ke aorta dan dengan itu, darah akan memirau ( bypass ) paru-paru
6
Penghasilan endogenous PGE ( prostaglandin E ) merelakskan otot licin ducktus arteriosus supaya ia sentiasa terbuka
6
selepas bayi dilahirkan
6
bila bayi berjaya bernafas sendiri, darah mula mengalir ke paru-paru
6
otot licin di dalam salur ductus arteriosus mengecut dan salur ini akan tutup dalam masa 24 jam selepas bayi dilahirkan
6
selepas beberapa minggu, perubahan degeneratif akan menyebabkan ductus arteriosus menjadi tisu perantara fibrous yang dikenali sebagai ligamentum arteriosum
6
dalam keadaan PDA
6
Tekanan darah tinggi yang beroksigen akan mengalir dari aorta ke arteri pulmonari melalui PDA
6
darah yang mengalir balik membebankan jantung dan paru-paru yang akan gagal untuk memenuhi kehendak tisu periferal
.
Manifestasi klinikal PDA
1. Dispnea
2. Keletihan
3. Kesukaran menyusu / makan
4. Kerap mengidapi jangkitan pernafasan
5. Tumbesaran terbantut
6. Kurang toleransi senaman
.
Rawatan
1. Nama ubat: Indomethiacin – bertindak ke atas duktus arteriosus untuk menutupnya
Dos:
0.6 mg ( kanak-kanak )
25 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: TDS
.
2. Pembedahan – dilakukan untuk bayi kurang dari 2 tahun dan duktus arteriosus akan diikatkan
Komplikasi
1. Chronic heart failure
2. Infective endocarditis

Tetralogy of Fallot

Definisi TOF
TOF ialah cyanotic heart defect ( kerosakan jantung sianotik ) yang merangkumi
pulmonary stenosis ( right ventricular outflow obstruction ) ,
right ventricular hypertrophy,
overriding of aorta ( dextraposition of the aorta / aorta shifted to right ),
ventricular septal defect ( opening between ventricles )
Patofisiologi TOF
Stenosis pulmonari menyebabkan gangguan pengaliran darah dari ventrikel kanan ke paru-paru
6
Lama-kelamaan, ventrikel kanan menjadi hipertrofi akibat dari peningkatan tekanan darah di dalam ventrikel
6
Darah akan mengalir dari ventrikel kanan ke ventrikel kiri melalui VSD dan seterusnya ke aorta
6
Darah kurang oksigen akan bercampur dengan darah beroksigen dan mengalir ke seluruh badan melalui aorta
.
Manifestasi klinikal TOF
1. Kurang oksigen
Sianosis
Pucat
Dispnea
Takipnea
Hipoksia
Pink tetralogy jika stenosis pulmonari tidak begitu sempit
Clubbing jejari tangan dan kaki
Iritabiliti
2. Postur badan
Lebih suka bertinggung ( squat )
3. Peningkatan hematokrit akan menyebabkan polisitemia
Iskemia serebral
Flasiditi
Hilang kesedaran
Perkembangan terencat
.
Rawatan
1. Blalock-Taussig shunt – anastomosis ( sambungan ) diantara arteri subklavian dan arteri pulmonary kanan untuk menjadikan duktus arteriosus artificial
2. Waterston shunt – anastomosis antara aspek lateral posterior aorta dan arteri pulmonary kanan
3. Patch closure dan sekatan aliran ventrikel kanan dibesarkan





Komplikasi TOF
1. Chronic heart failure bagi yang baru lahir
2. Endokarditis infektif
3. CVA ( cerebral vascular accident ) disebabkan oleh trombosis akibat pernambahan viskositi darah atau hipoksia yang teruk
4. Abses otak

Stenosis pulmonari

Definisi stenosis pulmonari
Stenosis pulmonari ialah penyempitan sebahagian arteri pulmonik yang menyekat pengaliran darah.
Patofisiologi pulmonari stenosis

Akibat dari penyempitan sebahagian arteri pulmonari, darah gagal mengalir dengan sempurna dari ventrikel kanan ke paru-paru
6
Tekanan ventrikular kanan terpaksa meningkat untuk mengekalkan keluaran kardiak normal
6
Lama-kelamaan, hipertrofi ventrikular kanan akan terjadi
6
komplikasi hipertrofi ventrikular kanan ini menyebabkan kegagalan jantung kanan
.
Manifestasi klinikal pulmonary stenosis
Dispnea
Sianosis
Kesakitan prekordial ( kesakitan di belakang pertengahan sternum )
Tidak berdaya melakukan banyak aktiviti
.
Rawatan:
Valvulotomi – pembedahan bagi membaiki injap arteri pulmonary
Komplikasi
1. Anoksia
2. Bacterial endocarditis
3. Kematian berlaku tiba-tiba

Atrial septal defect

Definisi ASD
Atrial septal defect ialah pembukaan abnormal di septum antara atrium kiri dan atrium kanan.


Patofisiologi
ASD membenarkan pengaliran darah di antara dua kamar atrium
6
Melalui ASD, darah dari atrium kiri mengalir ke atrium kanan dan menambahkan tekanan di dalam atrium kanan
6
reversal of shunt berlaku apabila darah mengalir dari atrium kanan ke atrium kiri
6
Terdapat campuran di antara darah beroksigen dan darah kurang oksigen
6
Darah campuran ini mengalir ke ventrikel kanan
6
Pernambahan tekanan darah dan rintangan pulmonari menyebabkan right ventricle hypertrophy ( CCF )
6
jika terlalu banyak darah dialirkan ke paru-paru, oedema pulmonari akan terjadi
Manifestasi klinikal ASD
Dispnea
Letih
Congestive cardiac failure
Edema pulmonari
Pembesaran terbantut
Kerap mengidapi penyakit pernafasan
.
Rawatan:
1. Pembedahan menggunakan surgical closure menggunakan suture atau patch dan juga pemindahan jantung mungkin boleh dijalanakan

2. Rawatan perubatan bagi congestive heart failure
2.1 Nama ubat: Frusemide / Lasix mengkumuhkan cecair dalam bentuk urin, mengurangkan tekanan darah ventrikel dan mempunyai kesan vasodilator
Cara: Oral
Dos:
1.5 mg / milligram ( kanak-kanak )
40 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: TDS
.
2.2 Positive inotropic agents untuk mengurangkan kadar denyutan jantung dan menguatkan kontraksi jantung iaitu:
Positive inotropic agent
Nama ubat: Digoxin ( dari kumpulan digitalis )
Cara: oral
Dos:
30 mcg / microgram ( kanak-kanak )
150 mcg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
Nama ubat: Dopamine
Cara: oral
Dos:
6 mcg ( kanak-kanak)
1000 mcg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
Nama ubat: Dobutamine
Cara: intravena
Dos:
6 mcg ( kanak-kanak)
125 mcg ( orang dewasa )
Kekerpan: OD
.
2.3 Vasodilator untuk mendilat salur peripheral iaitu vena, venul dan arteriol iaitu:
Nitrates:
Nama ubat: Nitroglycerin
Cara:
sublingual ( bawa lidah )
intravena
Dos:
1 tablet ( bawah lidah )
0.5 mcg / minit ( kanak-kanak )
5 mcg / minit ( orang dewasa )
Kekerapan: Maximum 3 kali sahaja ( jarak 5 minute ) ( bawah lidah )
.
Nama ubat: Isosorbide dinitrate
Cara: oral
Dos:
5mg ( orang dewasa sahaja )
Kekerapan: TDS
.
Nama ubat: Hydralazine
Cara: oral
Dos:
2.25 mg ( kanak-kanak )
40 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
Nama ubat: Prazosin
Cara: oral
Dos:
0.03 mg ( kanak-kanak )
0.5 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: TDS
.
2.4 Angiostensin-converting enzyme inhibitor untuk menghentikan tindakan angiotensin II, mengurangkan tekanan ventrikel, mengurangkan kadar jantung dan mengurangkan workload jantung serta menambahkan output kardiak
Nama ubat: Captopril
Cara: oral
Dos:
0.45 mg ( kanak-kanak )
25 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: TDS
.
Nama ubat: Enalapril
Cara: oral
Dos:
0.3 mg ( kanak-kanak )
5 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
Komplikasi
1. Infective endocarditis akibat pemasukan mikrob dari paru-paru dan prosedure invasif
2. Kegagalan fungsi jantung ( cardiac failure ) disebabkan oleh kebebanan jantung
3. Hipertensi pulmonari diakibatkan oleh peningkatan tekanan di ventrikel kanan dan atrium kiri
4. Penyakit arteri koronari ( coronary artery disease ) terjadi akibat penurunan pengaliran darah ke jantung
5. Fibrilasi atrial ( atrial fibrillation ) disebabkan oleh keabnormalan struktur atrium
6. Prolaps injap mitral ( mitral valve prolapse ) berlaku bila terdapat kelemahan septum
7. Selepas pembedahan untuk membetulkan septum, komplikasi lain mungkin berlaku seperti disritma kardiak, heart block, mitral insufficiency

Penyakit jantung kongenital

Ventricular septal defect / VSD

Ventricular septal defect ( defek septal ventrikular ) ialah suatu lubang pada septum diantara sebelah kiri dan sebelah kanan ventrikel jantung.
Patofisiologi
Pernambahan tekanan di dalam ventrikel kiri mengalakkan pengaliran darah beroksigen ke ventrikel kanan. Ia dikenali sebagai a left to right shunt
6
Darah beroksigen ini bercampur dengan darah kurang oksigen di dalam ventrikel kanan dan juga atrium kanan
6
Oleh demikian, tekanan di dalam ventrikel kanan dan arteri pulmonari menjadi lebih tinggi
6
Akibat daripada penambahan tekanan ini, darah akan dipamkan ke paru-paru
6
Jika rintangan arteri pulmonari adalah kuat, sebahagian daripada darah ini akan mengalir balik ke ventrikel kiri melalui septum berlubang ini dan menyebabkan keadaan dikenali sebagai kompleks Eisenmenger's
.
Manifestasi klinikal
1. Kurang oksigen
Pucat
Lemah
Keletihan
2. Kesukaran menyusu
Kurus
Pembesaran terbantut
Kerap mengidapi jangkitan pernafasan
3. Takipnea
4. Diaforesis
.
Pengurusan klien dengan penyakit jantung congenital
Rawatan medikal:
Diuretic untuk mengkumuhkan cecair dalam bentuk urin, mengurangkan tekanan darah ventrikel dan mempunyai kesan vasodilator iaitu:
Nama ubat: Frusemide / Lasix
Cara: Oral
Dos:1.5 mg / milligram ( kanak-kanak ) 40 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: TDS
.
Positive inotropic agent untuk mengurangkan kadar denyutan jantung dan menguatkan kontraksi jantungi.
ii. Nama ubat: Digoxin ( dari kumpulan digitalis )
Cara: oral
Dos:30 mcg / microgram ( kanak-kanak )150 mcg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
ii. Nama ubat: Dopamine
Cara: oral
Dos:6 mcg ( kanak-kanak)1000 mcg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
iii. Nama ubat: Dobutamine
Cara: intravena
Dos:6 mcg ( kanak-kanak)125 mcg ( orang dewasa )
Kekerpan: OD
.
iv. Nama ubat: Amrinone
Cara: intravena
Dos:10 microgram / kg ( kanak-kanak ) 750 mcg / kg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
v. Nama ubat: Milrinone
Cara: oral
Dos:0.25 mcg / kg ( kanak-kanak ) 50 mcg/kg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
Vasodilator untuk mendilat salur peripheral iaitu vena, venul dan arteriol.
Nitrates:
i. Nama ubat: Nitroglycerin
Cara: sublingual ( bawa lidah ) intravena
Dos:1 tablet ( bawah lidah ) 0.5 mcg / minit ( kanak-kanak ) 5 mcg / minit ( orang dewasa )Kekerapan: Maximum 3 kali sahaja ( jarak 5 minute ) ( bawah lidah )
.
ii. Nama ubat: Isosorbide dinitrate
Cara: oral
Dos:5 mg ( orang dewasa sahaja )
Kekerapan: TDS
.
iii. Nama ubat: Hydralazine
Cara: oral
Dos: 2.25 mg ( kanak-kanak ) 40 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
iv. Nama ubat: Prazosin
Cara: oral
Dos: 0.03 mg ( kanak-kanak ) 0.5 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: TDS
.
Angiotensin-converting enzyme inhibitor ( ACE inhibitor ) untuk menghentikan tindakan angiotensin II, mengurangkan tekanan ventrikel, mengurangkan kadar jantung dan mengurangkan workload jantung serta menambahkan output kardiak.
Nama ubat: Captopril
Cara: oral
Dos:0.45 mg ( kanak-kanak ) 25 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: TDS
.
ii. Nama ubat: Enalapril
Cara: oral
Dos: 0.3 mg ( kanak-kanak ) 5 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
Pembedahan
1. Pulmonary artery banding iaitu menggunakan satu pita untuk mengetatkan arteri pulmonary bagi mengawal pengaliran darah ke paru-paru.
2. Surgical patch closure untuk menutupi lubang.
.
Komplikasi
1. Infective endocarditis
Penyakit ini terjadi bila terdapat jangkitan dari keadaan seperti cardiac catheterization. Inflamasi berlaku di bahagian endokardium. Salur darah yang kecil akan pecah dan pendarahan akan dihentikan oleh kehadiran fibrin dan platelet. Fibrin dan platelet juga memerangkap mikrob-mikrob yang ada. Pada masa yang sama, bahan-bahan ini akan merosakkan injap jantung.
2. Congestive heart failure
3. Chronic heart failure