Monday, December 14, 2009

Hipertensi

Definisi
Hipertensi adalah tekanan darah tinggi yang melebihi purata tekanan darah normal iaitu 120/80.
.
Epidemiologi Dalam tahun 2006, 42.6 peratus rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas dianggarkan menghidap hipertensi tetapi hanya 26 peratus daripada mereka yang menerima rawatan berupaya mengawal tekanan darah mereka.
.
Klasifikasi
Mengikut sebab
Primary / essential hypertension – tidak ada penyebab medikal
Secondary hypertension – akibat dari penyakit lain contoh penyakit buah ginjal
.
Mengikut jenis
Systolic hypertension – peningkatan tekanan sistolik ( kuncupan jantung )
Diastolic hypertension – peningkatan tekanan diastolic ( tekanan diastolic adalah apabila ventrikel relaks )
.
Mengikut keterukan
Mild hypertension – systolic 140 - 159, diastolic 90 - 99
Moderate hypertension – systolic 160 – 170 , diastolic 100 – 109
Severe hypertension – 180 / 110
Malignant hypertension - > 200 / 130
.
Patofisiologi
Faktor risiko seperti sejarah keluarga, umur, pengambilan garam, obesity, minuman keras, merokok, stress
6
Peningkatan rintangan vascular sistemik / systemic vascular resistance
6
Peningkatan afterload
6
kurang bekalan darah ke semua organ termasuk buah ginjal
6
mengaktivasikan beta receptor untuk mengeluarkan rennin
6
rennin menukarkan angiotensinogen ( hepar ) kepada angiotensin I
6
Angiotensin I ditukar oleh angiotensin converting enzyme kepada angiotensin II
6
vasokonstriksi arteri arteri, pernambahan aldosterone, pengembalian sodium dan cecair
6
Peningkatan peripheral resistance
6
Peningkatan tekanan darah
Etiologi hipertensi sekunder
Diabetes mellitus menyebabkan diabetes neuphropathy, polycystic kidney disease, glomerular disease, hydronephrosis, renovascular hypertension, cushing syndrome ( berlebihan corticosteroid ), aldosteronism, pheochromocytoma ( berlebihan adrenaline dan noradrenaline ), hypo / hyperthyroidism, hyperparathyroidism, coarctation aorta, apnea ( merosakan salur darah oleh kekurangan oksigen ), obesity, preeclampia, OCP
Faktor berisiko
Tidak boleh diubah
Proses penuaan
Sejarah keluarga
Lelaki
Menopause
Orang Asia

Boleh diubah
Diet tinggi dalam kolesterol
Kurang bersenam
Merokok
Obesiti
Stres
Minuman keras
OCP
.
Manifestasi klinikal
Sakit kepala
Epistasis
Penglihatan kabur
Pening
Palpitasi
Tinnitus
.
Penyiasatan
X ray dada
ECG
Echocardiography
Urinalisis
Fasting blood lipids
Urea creatinine BUSE
.
Pengurusan
Bukan farmakologikal
Cara hidup sihat contoh senaman 2 hingga 3 kali seminggu, 20 hingga 30 minit sekali
Mengubah factor risiko contoh makanan yang sihat
.
Farmakologikal
1. Diuretic contoh Frusemide
2. Beta adrenergic antagonist contoh Labetelol
3. Alpha adrenergic antagonists contoh Prazosin
4. Calcium channel blocking agents contoh Nifedipine
5. ACE inhibitors contoh Analapril
.
Intervensi perawatan
Diagnosis:Defisit pengetahuan berkaitan dengan proses penyakit / pendidikan kesihatanIntervensi:
1. Kurangkan sodium sebab sodium boleh meresap cecair
2. Terangkan proses penyakit kepada pesakit untuk mendapatkan kerjasama pesakit
3. Lakukan senaman pasif untuk mengekalkan kesihatan badan
4. Beritahu pesakit untuk komplian kepada ubat bagi melegakan simtom simtom penyakit
5. Beritahu tentang perulangan penyakit seperti pening yang menandakan hipertensi
Tidak komplians kepada ubat
1. Terangkan tentang kepentingan mengambil ubat untuk mengawal tekanan darah contoh Nifedipine
2. Endahkan aduan pesakit tentang rawatan yang memberi kesan sampingan supaya rawatan yang lebih sesuai boleh diberikan
3. Rujuk pesakit kepada klinik berhampiran untuk mendapatkan bekalan ubat
4. Ikuti prinsip 7 R apabila ubat diambil
5. Beritahu pesakit untuk mengubahsuaikan cara hidup untuk mendapatkan kesan terbaik daripada ubat contoh makanan sihat
.
Komplikasi
Stroke
Kegagalan jantung
Angina
MI
Kerosakan penglihatan
Penyakit buah ginjal

Sunday, August 30, 2009

Infarksi miokardial

Definisi infarksi miokardium adalah kematian tisu jantung akibat tersekatnya aliran darah ke otot jantung
.
Etiologi
1. Coronary heart disease iaitu aterosclerosis dan arteriosclerosis
2. Faktor faktor risiko iaitu:
2.1 Umur disebabkan oleh kebebanan aktiviti ke atas jantung danproses penuaan yang mengakibatkan otot menjadi longgar.
2.2 Jantina di mana kejadian adalah lebih berkecenderungan kepada lelaki disebabkan oleh aktiviti aktiviti berat harian.
2.3 Sejarah keluarga iaitu hiperkolesterolemia dan hiperlipidemia.
2.4 Merokok yang mengurangkan oksigen ke jantung, menambahkan kadar denyutan jantung, menyenangkan proses pembekuan darah dan mencederakan dinding arteri koronari.
2.5 Hipertensi yang melemahkan dinding arteri yang berkecendurungan kepada formasi arteriosclerosis dan ruptur.
2.6 Kekurangan aktiviti fisikal yang melambatkan peredaran darah dan ini menyebahkan keadaan aterosclerosis dan arteriosclerosis.
2.7 Stres menkonstriksikan salur darah.
2.8 Obesiti yang diakibatkan oleh makanan lemak yang mengandungi banyak kolesterol. 2.9 Diabetes mellitus di mana makanan adalah tidak sihat dan mengandungi terlalu banyak gula dan kolesterol.
.
Patofisiologi
Sekatan / oklusi pada arteri koronari

Bekalan darah terputus

Iskemia dan nekrosis / infarksi tisu miokardium
.
Manifestasi klinikal
Kesakitan dada akibat dari pendilatan salur koronari dan ransangan saraf oleh adenosine
Dispnea disebabkan oleh kurang oksigen
Diaforesis akibat aktivasi system saraf simpatetik disebabkan oleh penurunan keluaran kardiak
Nausea dan muntah kerana ransangan saraf vagal
Demam disebabkan oleh kebebasan pyrogen dari tisu yang rosak contoh pyrogen adalah toksin dari microorganism
Oliguria kerana kurang keluaran kardiak yang memberi kesan kepada buah ginjal
.
Pengurusan bagi klien yang mengalami infarksi miokardial
Segera
Ubat-ubatan
Opiate analgesic contoh IV Morphine Sulphate
Vasodilator contoh Nitroglycerine sublingual, Nitroglycerine IV
Calcium channel blocker contoh Nifedipine
Beta blocking agent contoh Propranolol, Metaprolol
Vasopressor contoh Levarteenol, Dopamine, Dobutamine
Antiarrhythmic contoh Quinidine, Amiodarone, Verapamil, Digoxin
Thrombolytic therapy contoh Urokinase, Streptokinase
.
Komplikasi
Disritmia
Renjatan kardiogenik
Kegagalan kardiak
Embolisma pulmonary
Aneurisme
Embolisme
Dressler Syndrome – inflamasi kantung yang mengelilingi pericardium
Pericarditis
.
Pendidikan kesihatan
Proses penyakit
Rawatan
Medikasi
Komplikasi
Hidup sihat iaitu pemakanan, senaman, hentikan merokok, kurangkan stress, kurangkan berat badan
Rawatan susulan

Friday, July 31, 2009

Congestive cardiac failure

Congestive cardiac failure
Definisi
Congestive cardiac failure adalah bila miokardium tidak dapat mengekalkan pengeluaran darah beroksigen yang mencukupi bagi memenuhi kehendak metabolik badan.
.
Patofisiologi kegagalan jantung kiri
Ruang ventrikel kiri adalah terbesar sekali dalam jantung supaya dapat mengepamkan darah ke seluruh badan
6
Jika ventrikel kiri kehilangan kontraktilitinya, kuasa untuk mengepamkan darah beroksigen ke aorta dan seterusnya ke seluruh badan adalah lemah
6
Kurang darah sampai ke seluruh badan
6
Jika ventrikel tidak dapat relaks selepas kontraksinya, jantung tidak akan diisi dengan darah yang secukupnya
6
Darah dari peparu terpaksa patah balik dan menyebabkan kebocoran plasma ke dalam peparu / edema pulmonary dan lama kelamaan di dalam tisu tisu lain
6
Semakin jantung menjadi lemah, semakin lebih banyak plasma akan berkumpul dan menyebabkan edema
.
Patofisiologi kegagalan jantung kanan

Apabila ventrikel kiri gagal berfungsi normal
6
Darah berpatah balik ke dalam peparu dan jantung kanan
6
Lama kelamaan ini menjejas kuasa kontraktiliti jantung kanan
6
Jika jantung kanan gagal mengepam dengan normal, darah akan berpatah balik ke dalam vena vena badan
6
Kebengkakan di dalam kaki dan pergelangan kaki
.
Etiologi congestive cardiac failure
Miokardium yang terpaksa mengepam dengan lebih kuat untuk membekalkan darah ke jantung sendiri dan seluruh badan akan menjadi lemah dan membenarkan pengumpulan darah dalam ruang ruang jantung. Penyakit-penyakit yang menyebabkan keadaan ini adalah berikut.
1. Coronary arterosclerosis – penyempitan salur koronari
2. Artery hypertension – penyempitan salur koronari yang meningkatkan tekanan darah
3. Myocardial infarction – kematian miokardium untuk berfungsi secara normal
4. Valvular heart diseases – penyakit injap jantung yang membenarkan darah berpatah balik
5. Myocarditis, infeksi – inflamasi miokardium yang menekan pada salur koronari
6. Arrhythmia – gangguan ritma yang menyebabkan gangguan kontraktiliti jantung
7. Thyrotoxic – peningkatan kadar metabolisma yang menyebabkan peningkatan kerja jantung
9. Drugs – beta blocker untuk hipertensi, steroid iaitu anti inflamasi
.
Manifestasi klinikal
1. Kegagalan jantung kiri
1.1 Dispnea, orthopnea ( perubahan posisi dari rekumben ke duduk ), paroxysmal nocturnal dyspnea ( edema peparu diseblah malam )
1.2 pernafasan shortness of breath
1.3 lemah, penat
1.4 palpitasi
1.5 batuk produktif ( edema pulmonary )
1.6 takikardia
1.7 bilateral rales – crackles kedengaran dari stethoscope oleh doktor
1.8 pulsus alternans ( nadi yang lebih kuat di antara nadi yang biasa )
.
2. Kegagalan jantung kanan
2.1 peningkatan JVP ( jugular vein pressure )
2.2 peningkatan berat badan
2.3 dependant edema pada ekstremiti bawahan
2.4 distensi abdomen
2.5 anoreksia
2.6 gastric distress - asid
2.7 hepatomegali
2.8 kekurangan pengeluaran air kencing
.
Penyiasatan
X ray dada – cardiomegali
ECG seperti pemesongan negative pada gelombang ST
Echocardiogram – membantu dalam memberi diagnosis
ABG – kekurangan PaO2
LFT – hepatomegali
.
Rawatan
Diuretic contoh Tab Frusemide 40 mg tds
Vasodilator contoh Tab Captopril 50 mg BD
Inotropes contoh Tab Digoxin 62.5 microgram OD
Electrolytes contoh Mist Potassium Chloride 15 mls tds
.
Komplikasi CCF
Pulmonari edema
Jangkitan pulmonari – kehadiran cecair dalam alveoli
Renjatan kardiogenik – kegagalan fungsi jantung
Cardiac arrest – pesakit mati
.
Intervensi kejururawatan
Diagnosis:
Perubahan keluaran kardiak berkaitan dengan kerosakan miokardium / hipertrofi
Intervensi:
1. Elakkan pesakit mengalami bebanan jantung melalui langkah-langkah berikut:
1.1 Letakkan pesakit dalam posisi Fowler’s atau semi Fowler’s bagi
- kurangkan tekanan darah
- mudahkan pernafasan
- baiki keberkesanan
kontraksi jantung
1.2 Pastikan pesakit merehatkan fikiran seperti meluangkan masa untuk berbual dengan beliau sebab stress emosi boleh menyebabkan:
- vasokonstriksi
- peningkatan tekanan arterial
- peningkatan kadar jantung
1.3 Jawab segala soalan pesakit dengan jujur supaya tidak membimbangkan dan menyebabkan agitasi kepada beliau
1.4 Ambil tanda vital seperti tekanan darah untuk mengesan hipotensi yang berlaku dengan tiba tiba disebabkan oleh iskemia miokardium dan penurunan perfusi di organ organ yang penting. Ini dicirikan oleh:
- penurunan tekanan sistolik
- penurunan tekanan nadi
- pulsus alternans
1.5 Perhatikan untuk tanda- tanda gangguan perfusi tisu perferal iaitu:
- kesejukan kulit
- muka pucat
- kuku proksimal yang pucat
1.6 Monitor pesakit untuk prognosis yang bertambah baik seperti:
- pernafasan bertambah baik
- ortopnea
- kekurangan crackles
- kekurangan edema periferal
.
Diagnosis:
Perubahan volum cecair: kelebihan berkaitan dengan peningkatan kongesi sistemik
Intervensi:
Pastikan infusi cecair adalah betul seperti yang diarahkan oleh doctor supaya overloading cecair dapat dielakkan:
1.Monitor untuk pitting edema sebab ini menandakan retensi cecair yang teruk
2. Berikan makanan dan minuman kurang sodium bagi mengelak retensi cecair
3. Ambil berat badan pesakit untuk mengetahui jika masih terdapat retensi cecair badan
4. Monitor carta pengambilan dan pengeluaran pesakit untuk mengetahui jumlah retensi atau pembuangan cecair badan
5. Berikan ubat diuretic seperti yang diarahkan oleh doctor bagi mengkumuhkan cecair berlebihan contoh Frusemide 40 mg tds
.
Diagnosis:
Pernafasan tidak berkesan berkaitan dengan sekresi berlebihan dalam trek trakeobronkial
Intervensi:
1. Berikan oksigen 2 hingga 3 liter seminit bagi memenuhi keperluan oksigen
2. Monitor untuk peningkatan kadar pernafasan yang diakibatkan oleh kongesi paru paru
3. Galakkan pesakit melakukan senaman pernafasan bagi melancarkan aliran darah melalui paru paru
4. Angkat kepala katil setinggi 20 hingga 30 sm untuk mengurangkan kebebanan jantung dan paru paru
5. Galakkan pesakit menurkarkan posisi untuk mengelak pneumonia akibat dari gangguan peredaran darah pulmonari
.
Diagnosis:
Potential perubahan integriti kulit berkaitan dengan edema
Intervensi:
1. Monitorkan integriti kulit supaya kudis tekanan tidak terjadi
2. Hadkan pengambilan cecair untuk mengurangkan keadaan edema
3. Galakkan pesakit berambulasi untuk mengalakkan peredaran darah
4. Lakukan rawatan kudis tekanan yang boleh diakibatkan oleh edema belakang
5. Ajar pesakit melakukan senaman untuk mengalakkan perkumuhkan cecair badan
6. Galakkan pesakit menukar posisi badan supaya edema bukan ada pada satu bahagian badan
7. Beri ubat seperti yang diarahkan oleh doctor contoh Frusemide 40 mg tds bagi mengkumuhkan urin
.
Diagnosis:
Defisit pengetahuan berkaitan dengan proses penyakit
Intervensi:
1. Kurangkan sodium sebab sodium boleh meresap cecair
2. Terangkan proses penyakit kepada pesakit untuk mendapatkan kerjasama pesakit
3. Lakukan senaman pasif untuk menguatkan otot dan mengalakkan peredaran darah
4. Beritahu pesakit untuk komplian kepada ubat bagi melegakan simtom simtom penyakit
5. Beritahu tentang perulangan penyakit seperti peningkatan berat badan, kebengkakan akibat dari CCF
.
Diagnosis:
Intoleransi aktiviti berkaitan dengan kekurangan keluaran kardiak
Intervensi:
1. Lakukan aktiviti-aktiviti secara beransur ansur supaya tidak terlalu meletihkan
2. Pastikan pesakit dapat rehat dan tidur sebelah malam untuk mengembalikan tenaga
3. Monitor tanda vital pesakit semasa melakukan aktiviti bagi mengelak kebebanan jantung
4. Dapatkan makanan yang bertenaga supaya pesakit dapat melakukan aktiviti tanpa masalah besar
5. Nasihat pesakit berehat di antara aktiviti aktiviti untuk mengembalikan tenaga bagi aktiviti seterusnya
.
Komplikasi CCF
1. Edema pulmonari Jantung yang lemah tidak dapat mengepam dan mengalirkan darah dengan lancar. Plasma akan berkumpul di dalam sak alveoli.

2. Infeksi pulmonari Jantung yang lemah tidak dapat memenuhi badan untuk oksigen dan ini menyebabkan pesakit letih dan tidak dapat batuk secara efektif seperti biasa. Pengumpulan plasma di dalam sak alveoli menjadi media baik untuk pembiakan mikroorganisma.

3. Renjatan kardiogenik
Jantung gagal mengepam darah dengan secukupnya dan jika jantung sendiri berkurangan darah, ini akan menyebabkan jantung gagal berfungsi.

4. Cardiac arrest
Jantung yang gagal berfungsi akan berhenti dan pesakit akan meninggal dunia.

Sunday, July 12, 2009

Arteriosclerosis Atherosclerosis

Arteriosclerosis
Definisi
Arteriosclerosis adalah keadaan di mana arteri kehilangan elastisiti dan menjadi keras. Arterio bermaksud arteri. Sclerosis bermaksud keras.

.
Atherosclerosis
Definisi
Atherosclerosis adalah keadaan dimana dinding arteri menjadi tebal dan keras akibat dari formasi plak di dalam dinding arteri.
.
Etiologi
Kecerderaan kepada dinding arteri oleh:
Hipertensi
LDL tinggi
Nicotine
Diabetes
Sejarah keluarga
.
Patofisiologi

Kecerderaan pada dinding arteri
6
Platelet membeku di tempat kecerderaan 4Inflamasi
6
LDL, triglycerides dan sel darah putih ( plak lemak ) berkumpul di tempat sama
6
Mengeraskan dan menebalkan dinding arteri 4mengecilkan salur darah
6
Kurang bekalan darah
6
Plak lemak dan beku darah tertanggal dan menyekat arteri koronari atau arteri-arteri yang lain 4serangan jantung dan kegagalan fungsi organ lain
.
Simtom
Atherosclerosis di arteri jantung – angina
Atherosclerosis di arteri otak – kekebasan atau kelemahan di dalam tangan atau kaki, kesukaran bercakap, slurred speech, otot muka drooping
Atherosclerosis di arteri tangan dan kaki – kesakitan kaki
Atherosclerosis di deep arteri penis – erectional dysfunction
.
Penyiasatan
Tekanan darah – tinggi
Serum kolesterol – tinggi
Serum gula – tinggi
Doppler ultrasound – keterukan sekatan salur darah
ECG yang positif
Angiogram / CT scan / MRI – mengenalpasti sekatan di dalam salur darah
.
Komplikasi
Penyakit jantung koronari
Penyakit arteri carotid
Penyakit arteri peripheral
Aneurism
.
Rawatan
1. Medikasi mengurangkan kolesterol
2. Ubat anti-platelet iaitu Aspirin
3. Anticoagulant contoh Warfarin
4. Ubat mengurangkan tekanan darah
5. Ubat merawat diabetes
6. Pembedahan seperti angioplasty untuk membesarkan salur darah,
endarterectomy untuk membuang plak, thrombolytic therapy dimana ubat
dimasuukkan semasa pembedahan untuk memecahkan plak dan bypass
surgery.
.
Pendidikan kesihatan
Menghentikan merokok
Senaman
Makanan berkhasiat
Mengendalikan stress
Elak alkohol

Sunday, February 22, 2009

Demam reumatik

Definisi rheumatic fever adalah penyakit inflamatori pada injap jantung two hingga tiga minggu selepas jangkitan Group A Beta Hemolytic streptococcal.
.

Etiologi
Direbak dari penyakit faringitis yang disebabkan oleh group A Beta Hemolytic streptococci.
.
Faktor faktor mempradisposkan
Umur diantara 5 hingga 15 tahun
Kemiskinan - tinggal bersama, rumah rumah yang rapat, kurang nutrisi, tidak mampu berjumpa doktor
Melibatkan ahli ahli keluarga lain - penyakit berjangkit melalui titisan, makanan, minuman
.
Patofisiologi
Jangkitan Group A Beta hemolytic streptococci pada farinks
6
Imuniti jenis sel B diransangkan untuk menghasilkan antibodi bagi menyerang streptococcus
6
tetapi antibodi ini menyerang miokardium dan sendi sendi juga serta menyebabkan nekrosis dan fibrosis pada injap jantung dan tendinous cords
.
Manifestasi klinikal
Demam selepas dijangkiti oleh infeksi streptococci dan menyebabkan faringitis streptococcal atau tonsilitis streptococcal dengan suhu badan 38.9 hingga 40 darjah celsius
Arthralgia
Polyarthritis
Carditis
Nodus subkutanus pada skalp, tangan dan siku
Erythema marginatum iaitu ruam kulit berombak ombak, halus dan merah
Chorea iaitu pergerakan otot yang tidak tetap, menyental, tidak terkawal dan tidak dapat diramalkan
Sakit abdomen
Kelemahan, hilang berat badan dan anoreksia
.
Penyiasatan
ESR
Hb, TWDC
ECG - second degree heart black atau Wenchebach's syndrome, jarah P-R yang panjang
Kultur darah x 3 spesimen
Swab kerongkong untuk kultur dan sensitiviti untuk mengesan kehadiran organisma streptococci
Serum anti streptolysin titer adalah meningkat
Pemeriksaan fisikal iaitu nodus subkutaneus, erythema marginatum dan polyarthritis
.
Masalah kejururawatan
Hipertermia berkaitan dengan respons kepada inflamasi
Ambil tanda vital untuk mengetahui prognosis penyakit
.
Sakit sendi berkaitan dengan inflamasi diffuse
Rehatkan pesakit
.
Intoleransi aktiviti berkaitan dengan kelemahan, sakit sendi
Dengar aduan tentang kesakitan dada, palpitasi dan perasaan ketat di bahagian precordial
.
Defisit pengetahuan mengenai proses penyakit dan rawatan susulan
Makan makanan yang seimbang
Rujuk pesakit kepada unit kebajikan jika perlu jika beliau mengalami masalah kewangan berkaitan dengan penyakit
Jaga kebersihan diri
Rehat sekerap yang perlu
Dapat rawatan segera jika faringitis berlaku semula
Nasihati pesakit mengambil ubat penicillin sebagai prophylaxis sebelum sebarang pembedahan untuk mengelak rebakan penyakit ke organ yang penting
.
Ubat ubatan
Antibiotik contoh Penicillin atau Erythromycin
Salicylate contoh Aspirin
Steroid contoh Prednisolone

Endocarditis

Definisi endokarditis adalah jangkitan pada lapisan dalaman jantung iaitu endokardium.
.
Jenis-jenis infective endocarditis mengikut organisma.
Akut endokarditis bakterial ialah disebabkan oleh:
Stapylococcus aures
.
Subakut endokariditis bakterial ( kronik ) ialah disebabkan oleh:
Streptococcus viridans
Streptococcus pneumoniae
Streptococcus kumpulan A, B, C
Enterococci
.
Faktor faktor mempradisposkan kepada penyakit
Penyakit sifilis
Surgeri kardiak - jangkitan akibat pembedahan di mana penggantian dimasukkan iaitu pacemaker, patches, grafs dan pintasan dialysis
Prolaps injap mitral
Penyakit injap reumatik disebabkan oleh demam reumatik
Keabnormalan injap aortik
Penyakit jantung kongenital sianotik
.
Patofisiologi
Dalam keadaan inflamasi, plan fibrin mengelilingi serta melindungi mikroorganisma yang hadir dalam jantung
6
mikroorganisma dilindung dari dimusnahkan oleh sel darah putih dan imuniti badan
6
vegetasi ini ( mikroorganisma, sel darah putih dan imuniti badan ) menjadi semakin besar
6
ini merosakkan , menebalkan, mengeraskan dan menjadi parut pada injap dan anulus fibrosus yang memberi sokongan kepada injap
6
vegetasi yang tertanggal dari injap akan mengalir ke limpa, buah ginjal, arteri koronari, otak dan peparu dan menyekat salur darah yang lebih kecil
.
Manifestasi klinikal
Demam berlaku secara insidius
Tanda tanda jangkitan seperti malaise, anoreksia, kelemahan
Tanda tanda penglibatan kardiak iaitu takikardia dan keluaran kardiak menurun
Tanda tanda embolisma pada organ organ berikut:
Limpa - ketenderan, splenomegaly, kesakitan abdomen
Renal - kesakitan, hematuria
Otak - gangguan penglihatan, gangguan pertuturan dan hemiplegia
Ekstremiti - gangren pada jejari tangan dan kaki
Peparu - dispnea, hemoptisis, batuk, kesakitan pleuritic
.
Penyelidikan
Kultur darah sekurang kurangnya dus spesimen positif dalam masa 36 - 48 jam
Peningkatan ESR
Hb,TWDC - anemia / leucocytosis
UFEME - hematuria
ECG
Echocardiogram - mengesan vegetasi dan lokasi seta saiz lesi
CXR
.
Diagnosis perawatan
Kurang keluaran kardiak berkaitan dengan gangguan fungsi injap
1. Monitor tekanan darah dan nadi bagi
1.1 mengesan kehadiran pulsus alternans yang menandakan kegagalan jantung kiri
1.2 meilai tekanan nadi iaitu 30 - 40 mmHg yang menunjukkan keluaran kardiak yang mencukupi
2. Nilaikan distensi venous jugular
3. Catiti carta pengambilan dan pengeluaran
4. Catit berat badan setiap hari
5. Monitor keputusan doktor selepas beliau mendengar jantung untuk kehadiran murmur atau crackles / rales
.
Hipertermia berkaitan dengan inflamasi
1. Cuci tangan sebelum dan selepas penjagaan perawatan
2. Jalankan tanggungjawab anda dalam penjagaan IV
2.1 catit masa pemasukan kanula
2.2 tukar kanula jika tromboflebitis berlaku
2.3 tukar dressing kanula setiap hari
3. Berikan suntikan antibiotic
3.1 tukar lokasi suntikan intraotot
3.2 perhatikan alahan kepada antibiotic seperti ruam, kesukaran bernafas, gatal dan demam
3.3 perhatikan kesan sampingan antibiotik iaitu gentamycin seperti kegagalan renal
3.4 monitor prognosis pesakit dalam masa 5 hingga 7 hari
4. Monitor suhu badan setiap 4 jam
4.1 rekod dalam carta TPR
4.2 mengenalpasti takikardia, takipnea dan hipertermia
4.3 lakukan mandi berjelum atau demahan sejuk
4.4 selimutkan pesakit jika rigor
5. Monitor keputusan WBC dan kultur darah
6. Galakkan pesakit minum lebih dari 3 liter sehari untuk membuang toksin dan mengelak kekurangan cecair badan
.
Potensi perubahan nutrisi berkaitan dengan kurang keperluan badan akibat dari anoreksia
1. Bincang makanan kegemaran pesakit
2. Rujuk kepada dietician
3. Galakkan makan sedikit demi sedikit tetapi kerap
4. Galakkan makanan rumah jika tidak ada kontraindikasi
5. Suapkan pesakit jika perlu
6. Ambil berat badan pesakit setiap minggu
7. Ases tahap selera pesakit
.
Kebimbangan berkaitan dengan penyakit akut
1. Galakkan pesakit meluahkan perasaan
2. Terangkan tentang semua prosedur
3. Berikan terapi peralihan
4. Berikan risalah
5. Galak ahli keluarga berinteraksi dengan pesakit
.
Defisit pengetahuan berkaitan proses penyakit dan penjagaan diri
1. Bincang tentang anatomi dan fisiologi jantung
2. Beri pesakit risalah
3. Bincang dengan pesakit cara jangkitan berlaku
4. Beritahu pesakit kenapa beliau memerlukan rawatan antibiotic jangka masa panjang
5. Ikut langkah langkah untuk mengelak infeksi contoh kebersihan oral
6. Galakkan klien dapatkan vaksinasi Hib
7. Nasihat wanita berkahwin untuk mengamal perancang keluarga selain dari IUD
8. Tegaskan bahawa rawatan susulan adalah penting
9. Rujuk kepada pekerja sosial untuk bantuan sebab rawatan adalah lama contoh bantuan kewangan pengangkutan dari rumah ke klinik
.
Ubat ubatan
Antibiotik untuk 4 - 6 minggu contoh IV Benzyl penicillin 2400000 unit daily - 100000000 unit daily untuk membunuh, mengelak vegetasi, mengurangkan komplikasi dan simtom dan relaps penyakit
IM / IV gentamicin 1 mg per kg tds untuk 2 minggu untuk menambahkan keberkesanan Benzyl penicillin

Sunday, February 15, 2009

Cerebrovascular accident

Definisi CVA adalah kematian sel sel otak akibat dari kekurangan oksigen disebabkan oleh ruptur / putus atau sekatan arteri otak.
.
Etiologi
1. Trombosis - disebabkan oleh atherosclerosis
2. Embolism - sekatan oleh kolesterol, kalsium, beku darah
3. Hemoraj - akibat dari aneurysm ( pembesaran dan kelemahan salur arteri )
.
Jenis stroke
1. Iskemic stroke akibat dari embolism dan trombosis
2. Haemorrhagic stroke akibat dari haemorrhage intracerebral dan subarachnoid
.
Faktor-faktor berisiko
1. Masalah CVS iaitu hipertensi
2. Paras hematocrit yang tinggi
3. Diabetes mellitus
4. Ubat oral perancang keluarga
5. Masa hipotensi yang lama
6. Salahguna ubat
.
Patofisiologi

Emboli dari aterosklerosis
6
menyekat salur darah di dalam otak dan mengurangkan bekalan darah
6
tekanan dekat trombosis menjadi semakin kuat
6
menyebabkan ruptur / putus salur darah
6
membentukan hematoma yang akan menekan sel sel otak
6
sel sel otak mati yang dikenali sebagai CVA
6
sel sel otak dekat dengan yang sudah mati masih boleh dipulihkan jika rawatan adala segera sebab ATP masih cukup
6
jika tidak ada rawatan segera sel sel ini juga akan mati dan menyebabkan keadaan lebih teruk
.
Manifestasi klinikal
Tanda tanda amaran seperti
1. bergantung kepada penyebab
1.1 Ischemic stroke
1.1.1 kelemahan otot muka, otot sternocleidomastoid dan kepala tidak dapat memusing
1.1.2 paralisis sebelah badan dan apraxia iaitu perubahan pergerak voluntari seperti kesukaran berjalan
1.1.3 kelemahan lidah untuk bergerak ke depan dan ke sisi
1.1.4 aphasia iaitu tidak dapat bercakap
1.1.5 gangguan penglihatan, nystagmus, ptosis ( mata drooping ) dan kelemahan otot okular
1.1.6 keliru
1.1.7 pening, kehilangan imbangan
.
1.2. Hemorrhagic stroke
1.2.1 sakit kepala
1.2.2 nausea dan muntah
1.2.3 sawan
1.2.4 photophobia dan mata fixed pada satu arah
1.2.5 kekakuan leher
1.2.6 stupor, rigid
.
2. defisit neurologik yang spesifik
2.1 kebas
2.2 perubahan hidu, rasa makanan, pendengaran
2.3 kekurangan refleks contoh gag, telan, reaksi pupil kepada cahaya
2.4 perubahan pernafasan dan denyutan jantung
2.5 defisit memori, menafikan keadaan ini
.
3. koma
.
Penyiasatan
1. X ray tengorak
2. Skan CT / MRI
3. Cerebral angiography
.
Komplikasi
1. Paralisis
2. Kesukaran bercakap, aphasia
3. Kesukaran menelan
4. Gangguan memori dan kesukaran memahami sesuatu
5. Kesakitan - kesakitan pada bahagian yang lumpuh dan dikesan oleh otak
6. Depressed
.
Intervensi kejururawatan
Gangguan mobiliti fisikal berkaitan dengan paralisis
1. Lakukan ROM bagi mengekalkan tonus otot bagi mengelak muscle wasting akibat paralisis
2. Galakkan ambulasi apabila keadaan pesakit stabil contoh duduk, pindah dari katil ke kerusi dan berjalan perlahan sebagai senaman
.
Gangguan klearans salur udara berkaitan dengan kelemahan / paralisis
.
Risiko tinggi gangguan perfusi tisu serebral berkaitan dengan IICP
.
Defisit penjagaan diri berkaitan dengan paralisis
.
Risiko tinggi untuk mendapatkan injuri berkaitan dengan paralisis
.
Gangguan komunikasi verbal berkaitan dengan aphasia akibat dari paralisis
.
Risiko tinggi gangguan nutrisi: kurang dari keperluan badan berkaitan dengan paralisis
.
Perubahan eliminasi urinari / bowel
.
Ubat-ubatan
1. CPR - airway, breathing, circulation
2. Ischaemic stroke / embolic stroke - anticoagulant / agent thrombolytic
3. Haemorrhagic stroke - merawat untuk edema serebral

Saturday, February 14, 2009

Acute pulmonary edema

Definisi pulmonary edema / oedema adalah pengumpulan cecair di dalam alveoli paru-paru.
.
Patofisiologi pulmonary edema
Peningkatan tekanan atrial kiri
6
Peningkatan tekanan darah dalam vena vena pulmonari
6
Peningkatan tekanan hydrostatic di dalam kapilari darah yang mengelilingi alveoli
6
Kebocoran cecair ke dalam alveoli dan interstitial pulmonari
6
Edema pulmonari
.
Etiologi pulmonary edema
1. Cardiogenic
1.1 Atherosclerosis 4 MI
1.2 Hipertensi
1.3 Valvular diseases4 CCF
1.4 Myopathy 4 Arrhythmia
1.5 Left sided congestive cardiac failure
2. Non cardiogenic
2.1 Circulatory overload - berlebihan cecair IVD
2.2 Sawan
2.3 Trauma kepala
2.4 Strangulasi
2.5 Cardioversion / defrib - kejutan elektrik
3. Alveolar
3.1 Lung injury - sedutan gas beracun
3.2 Kontusi pulmonari
3.3 Aspirasi
3.4 Torasentesis
3.5 Kerap transfusi darah
3.6 Pulmonary infection yang teruk seperti RDS
4. Lain-lain
4.1 Drug hypersensitivity contoh Penicillin
4.2 Sekatan salur pernafasan
4.3 Altitude tinggi contoh mendaki gunung yang tinggi
.
Manifestasi klinikal acute pulmonary edema
1. Dispnea
1.1 Orthopnea
1.2 Paroxysmal nocturanl dispnea
1.3 Wheezing
2. Gelisah
2.1 Bimbang
2.2 Tangan sejuk
3. Sianosis
4. Nadi - cetek dan cepat
5. Batuk
.
Jenis-jenis penyiasatan
1. X ray dada
2. Echo
3. Darah
3.1 ABG
3.2 Enzim kardiak
.
Intervensi perawatan
Gangguan pertukaran gas
.
Kebimbangan
.
Rawatan
1. Vasodilators
2. Iotropic agents
3. Diuretic
4. Sedatif

Sunday, January 18, 2009

Ventricular fibrillation

Definisi
Ventricular fibrillation adalah kontraksi otot kardiak yang tidak teratur yang menyebabkan ventrikel bergegar ( dan bukan kontrak ) pada kadar melebihi 300 denyutan seminit yang akan membawa maut jika rawatan segera tidak dijalankan.
.
Etiologi
Hiperkalemia
Infarksi miokardial akut
Asidosis menyebabkan V.F.
.
Patofisiologi
Iskemia jantung
6
gangguan impuls saraf
6
keluaran kardiak menjadi kurang
6
pesakit akan mati
.
Bacaan ECG
Disritmia
Ketiadaan interval P-R
Ketiadaan gelombang P
Kompleks QRS yang abnormal
Gelombang T kurang jelas
Kadar denyutan tidak dapat disukat sebab ketiadaan kompleks QRS
.
Pengendalian kejururawatan
Bantu dalam rawatan kecemasan
.
Rawatan
1. Sodium bicarbonate bagi merawat keadaan lactic acidosis
2. Lakukan electrical defibrillation 200 hingga 400 watt sesaat
3. Epinephrine Hydrochloride untuk menjadikan defribilasi lebih memuaskan

Ventricular tachycardia

Definisi
Ventricular tachycardia adalah takikardia salah satu ventrikel sahaja yang boleh menyebabkan kurang keluaran kardiak, ventricular fibrillation dan kematian pesakit.
.
Etiologi
a. Infarksi miokardial akut
b. Kesan sampingan ubat digitalis atau isoproterenol
c. Gangguan elektrolit yang menyebabkan disritmia kardiak
d. Sindrome Wolff-Parkinson-White di mana ritma yang cepat akan menjadi perlahan
e. Lactic acidosis iaitu gula ringkas yang terbentuk dalam sel sel sebagai hasil muktamad metabolisma glukosa semasa ketiadaan oksigen
.
Patofisiologi
Iskemia miokardium
6
parut pada tempat iskemia
6
impuls dari nodus AV hanya sampai ke parut ini
6
dari parut ini, impuls akan dihantar sekali lagi
6
takikardia
.
Bacaan ECG
Disritmia
Interval P-R tidak dapat disukat
Kadar di antara 140 hingga 220 seminit
Kompleks QRS mengambil lebih dari 0.12 saat
Gelombang T: pemesongannya adalah ke bawah
.
Pengendalian kejururawatan
Berikan oksigen
Ambil tanda vital
.
Rawatan
iv Lidocaine 1 hingga 4 mg / minit
Hentikan ubat Quinidine kerana kesan sampingannya adalah VT
Electrical cardioversion bagi mengembalikan ritma yang normal

Asystole

Definisi
Asystole adalah keadaan dimana jantung berhenti dan pesakit mati seterusnya jika tidak ada rawatan segera. Keadaan ini digunakan untuk mengesahkan kematian pesakit.
.
Etiologi
Trauma
Asidosis
Hipoksia
Keracunan
Hipotermia
Hipotermia
Hipoglisemia
Ubat dos tinggi
Cardiac tamponade
Hiper / hipokalemia
Tension pneumotoraks
Myocardial infarction akibat trombosis
Pulmonary embolisma akibat dari trombosis
.
Pengendalian kejururawatan
Membantu doktor dalam bantuan kecemasan
.
Rawatan
. Vasopressin atau epinephrine atau atropine
. Tekanan dada dan defribilasi

Premature ventricular contraction

Definisi PVC
PVC adalah disritmia jantung pada ventrikel di mana selain daripada denyutan normal daripadanya, juga didapati denyutan ektopik yang awal.
.
Etiologi
Hipokalemia
Hipermetabolisma
Kekurangan oksigen
Infarksi miokardial akut
Kesan sampingan ubat Digoxin, Dobutamine, Imipramine ( anti depressant ) dan Aminophylline
.
Patofisiologi

Etiologi
6
Otot jantung mengalami electric irritability ( rangsangan impuls yang mudah dan cepat )
6
Keluaran impuls yang awal tanpa menunggu keluaran elektrik yang normal dari nodus SA
.
Bacaan ECG
Disritmia
Interval P-R tidak dapat disukat
Kompleks ORS mengambil masa lebih dari 0.12 saat
Gelombang P tidak jadi disebabkan oleh impuls ektopik
Gelombang T: pemesongan ke bawah
.
Pengendalian kejururawatan
Kurangkan stres
Lakukan senaman
Elak alkohol atau rokok
.
Rawatan
iv Lidocaine Hydrochloride atau Procainamide atau Bretylium Tosylate untuk mengawal denyutan jantung
Atropine untuk mencepatkan kadar jantung secara keseluruhan, sambil menghentikan kadar ventrikular

Atrial fibrillation

Definisi AF
Atrial fibrillation ialah disritmia jantung disebabkan oleh pengeluaran impuls dari beberapa bahagian atrium.
.
Etiologi
1. Ubat digitalis
2. Penyakit valvular
3. Infarksi miokardial akut
4. Fibrosis dengan proses penuaan
.
Patofisiologi
Etiologi
6
Atrium menjadi dilat
6
Rangsangan renin aldosterone angiotensin system (RAAS)
6
Gangguan pada atrium iaitu fibrosis nodus sinoatrial dan kehilangan jisim otot atrial
6
impuls adalah di merata tempat pada dua atrium dan bukan dari nodus SA sahaja
6
atrial fibrillation

Bacaan ECG Disritmia Kadar atrium terlalu cepat Interval P-R: tidak dapat disukat
Gelombang P: kehadiran gelombang F yang kecil

Pengendalian kejururawatan 1. Berhenti merokok 2. Dapatkan berat badan yang normal 3. Makan makanan yang berkhasiat dan kurangkan LDL 4. Bersenaman 20 minit 3 kali seminggu jenis pasif 5. Elak alkohol dan caffeine

Rawatan 1. Digitalis 2. Calcium ion antagonist 3. Electrical cardioversion / defribillation 4. Beta-adrenegic blocking drugs 5. Quinidine - menghentikan ectopic foci

Saturday, January 17, 2009

Sinus bradycardia

Definisi
Sinus bradycardia adalah disritmia jantung apabila kadar denyutan jantung adalah kurang dari 60 seminit
.
Etiologi
1. Infarksi miokardial
2. Kesan sampingan ubat Digoxin
3. Senaman lasak yang biasa dilakukan dan fungsi jantung menjadi kuat
4. Penuaan - tisu fibrotik terjadi di jantung dan parut di nodus sinoatrial
5. Hipotiroidisma - penurunan aktiviti metabolik di dalam sel sel badan yang mengurangkan keperluan oksigen, nutrien dan suhu badan
.
Patofisiologi
Etiologi ini mengurangkan kadar denyutan jantung
.
Bacaan ECG
Kadar denyutan kurang dari 60 seminit
Interval P-R: masa diambil adalah diantara 0.12 hingga0.20 saat atau 0.18 saat
Interval QRS: masa diambil adalah 0.06 saat
Gelombang T: hadir selepas kompleks QRS dan mempunyai pemesongan positif
.
Pengendalian kejururawatan:
Monitor tanda vital
Kurangkan berat badan
Monitor kesan sampingan ubat yang menyebabkan sinus bradycardia contoh beta blocker, calcium channel blocker, anti arrhythmic
.
Rawatan
1. Pacemaker

2. iv Isoproterenol 1 mg / 500 ml DW adalah untuk rangsangan simpatetik
3. iv Atropine 0.5 hingga 1 mg akan menghalang rangsangan vagal ke atas nodus SA dan ini mempercepatkan kadar jantung

Sinus tachycardia

Definisi
Sinus tachycardia adalah disritmia jantung apabila kadar denyutan jantung melebihi 100 seminit.
.
Etiologi
1. Kebimbangan
2. Senaman
3. Demam
4. Renjatan
5. Medikasi
6. Gangguan metabolisma seperti hipertiroidisma
7. Gangguan elektrolit
.
Patofisiologi
Nodus sinoatrial dipengaruhi oleh sistem saraf autonomik
6
Sistem saraf autonomik mengandungi saraf simpatetik dan saraf parasimpatetik dan bukan voluntari
6
Impuls dari saraf simpatetik merangsangkan nodus sinoatrial
6
jantung mengepam dengan cepat
.
Bacaan ECG
Kadar denyutan melebihi 100 seminit
Interval P-R: masa diambil adalah diantara 0.12 hingga 0.20 saat atau pada purata 0.16 saat
Jarak QRS: masa diambil adalah 0.06 saat
Gelombang T: hadir selepas kompleks QRS dan mempunyai pemesongan positif
.
Pengendalian kejururawatan
. Rehat
. Elak sembelit
. Hadkan pelawat
. Elak aktiviti lasak
. Elak caffeine dan alkohol
. Kurangkan stres contoh kerja
. Jadualkan penjagaan perawatan
. Pastikan pesakit komplian dengan ubat
. Berikan makanan pada suhu yang selesa
. Adakan terapi peralihan seperti baca buku
. Elak makan ubat dibeli sendiri contoh phenylephrine
.
Rawatan
1. Digitalis jika perlu untuk menambahkan keluaran kardiak
2. Rawatan bagi etiologi masalah ini

Friday, January 9, 2009

Angina Pectoris

Definisi angina pectoris
Angina pectoris ialah keadaan di mana klien merasa sakit dada yang kuat akibat dari penyakit jantung ischemic iaitu kekurangan pengaliran darah dan oksigen ke myocardium jantung.
( Angina bermaksud tercekik. Pectoris bermaksud dada. )
.


.
Faktor-faktor mempradisposkan angina pectoris
Kurang bekalan oksigen ke myocardium melalui coronary artery
a. Faktor salur darah
i. Atherosclerosis
Atherosclerosis ialah keadaan di mana salur artery jantung menjadi keras akibat dari akumulasi sel darah putih, cholesterol dan triglycerides pada dinding arteri. Lama-kelamaan keadaan ini akan menyekat artery tersebut.
ii. Kekejangan arteri dan penyempitan salur darah koronari akibat dari akumulasi tersebut
ii. Coronary arteritis
Inflamasi pada salur darah coronary akibat infeksi dan penyakit autoimun.

b. Faktor sirkulasi
i. Hipotensi
Tekanan darah menurun dan pengaliran darah ke myocardium menurun juga.
ii. Kecacatan kongenital - aortic stenosis
Jika injap aorta tidak berfungsi secara normal, pengaliran darah ke seluruh badan termasuk jantung sendiri adalah kekurangan.

c. Faktor darah
i. Anemia dan hipoksemia
Anemia ialah keadaan dimana darah, khususnya hemoglobin ialah berkurangan. Hemoglobin ialah bahagian di dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen. Dalam keadaan ini, jantung mengalami kekurangan bekalan darah dan oksigen.
ii. Polycythemia
Polycythemia adalah keadaan hemoconcentration dimana terdapatnya peningkat sel-sel darah dan ini akan menyekat pengaliran darah di dalam salur-salur darah.
.
Bebanan ke atas jantung akibat pertambahan keluaran jantung
a. Faktor fisiologi seperti senaman, emosi, selepas sarapan berat yang boleh meningkatkan kadar metabolisma badan. Lebih banyak darah perlu dipam ke seluruh badan. Ini menyebabkan jantung terpaksa bekerja kuat dan cepat. Untuk memenuhi keperluan badan, bekalan darah ke jantung sendiri akan berkurangan.
b. Faktor patologik seperti anemia dan hyperthyroidism.
Hyperthyroidism ialah pembesaran kelenjari thyroid. Fungsi thyroid ialah untuk mengawal kadar metabolisma badan. Jika thyroid menjadi besar, kadar metabolisma meningkat.
.
Peningkatan keperluan oksigen
i. Kerosakan myocardium
Jika terdapat kerosakan pada sebahagian myocardium, salur-salur arteri yang lain mungkin juga mengalami keadaan yang sempit juga.
ii. Myocardial hypertrophy
Myocardium menjadi lemah dan kuasa kontraktilitinya menurun. Jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukupnya.
iii. Aortic stenosis dan hypertension
Tekanan darah yang meningkat memaksa jantung bekerja lebih kuat dan cepat.
iv. Tekanan emosi
.
Patofisiologi

Akibat faktor-faktor berikut:
- vascular – vasospasm atau plak arterioslerotik
- kardiak artimia, stenosis valvular
- hematologi – anemia, hipoksi
- gangguan sistemik- hypertension
6
arteri koronari tidak dapat membekalkan darah beroksigen yang mencukupi
6
myocardium yang menjadi semakin iskemik akan menyebabkan penurunan pH darah, kekurangan potassium, akumulasi asid
6
keadaan ini dikenali sebagai hypoxic metabolites iaitu adenosine
6
apabila saraf pada salur koronari dirangsang oleh adenosine, pesakit akan merasa angina
6
dipercayai bahawa adenosine menyebabkan pendilatan salur koronari lebih dari apa yang di mampu
.
Manifestasi klinikal
1. Sakit dada
- bermula dari belakang sternum kiri, naik ke leher, tekak dan tangan kiri
- ketat dada, burning, arching atau choking
- bermual selepas aktiviti / stress
- reda dengan rehat, nitroglycerine
- kurang daripada 5 minit
- tanda Levine iaitu klien meletakkan genggaman tangan di tempat kesakitan
2. Diaphoresis
.
Penyelidikan yang dijalankan bagi klien dengan angina pectoris
A. Enzim jantung
1. Serum creatinine phosphokinase / CPK lebih dari 3.9 micromillimeter creatine per ml per hour at 37 degrees celcius bagi lelaki dewasa
2. Serum Aspartate Aminotransferase / AST ( serum glutamic oxaloacetic transaminase / SGOT ) lebih dari 35 units per liter ( U/L )
3. Serum Lactic dehydrogenase lebih dari 190 U/L
B. Darah
1. ESR lebih dari 10 mm
2. WBC lebih dari 10,000 uL
3. ABG - PaO2 kurang dari 80 mmHg
C. Radiologi
1. CXR – kardiomegali dan kegagalan ventrikel kiri
2. Coronary arteriography menunjukkan lesi arteri koronari
3. Echocardiography – keabnormalan dinding ventrikel kiri
D. ECG – perubahan pada ST elevation / depression
.
Rawatan perubatan
i. Vasodilator
Betul nama pesakit.
Betul ubat: Nitroglycerin
Betul dos: 1 tablet
Betul kekerapan: 3 kali sahaja, julat 5 minit
Betul cara: SL
Betul tandatangan.
.
Betul nama pesakit.
Betul ubat: Nitroglycerin
Betul dos: Tidak melebihi 500 mcg / ml
Betul kekerapan: infusi berterusan
Betul cara: IV infusi menggunakan pam siring
Betul tandatangan.
.
ii. Calcium channel blockers
Betul nama pesakit.
Betul ubat: Nifedipine
Betul dos: 10 mg
Betul kekerapan: TDS
Betul cara: oral tablet
Betul tandatangan.
.
iii. Beta blocking agents
Betul nama pesakit.
Betul ubat: Propranolol / Inderal
Betul dos: 80 mg
Betul kekerapan: TDS
Betul cara: oral tablet
Betul tandatangan.
.
iv. Agen antiplatelet
Betul nama pesakit.
Betul ubat: Tablet Acetylsalicylic acid / ASA ( Aspirin )
Betul dos: 80 mg
Betul kekerapan: OD
Betul cara: oral
Betul tandatangan.
.
Diagnosis kejururawatan
Gangguan dalam keselesaan: sakit berkaitan dengan iskemia miokardium
A. Perawatan kejururawatan
1. Lakukan penjagaan perawatan secara lemah-lembut, betul dan tepat buat kali pertama seperti memasang infusi IV bagi menjamin keselesaan pesakit.
2. Letakkan pesakit di sudut sunyi supaya beliau dapat rehat untuk mengurangkan kesakitannya
3. Berikan sokongan emosi contoh mengukuhkan informasi tentang pesakit supaya beliau tidak rasa bimbang sebab kebimbangan boleh menyebabkan kesakitan
4. Rancangkan jadual penjagaan pesakit supaya tidak merangsangkan kesakitannya.
5. Arahkan pesakit memberitahu jururawat / doctor jika kesakitan menjadi lebih kuat supaya rawatan lain boleh diberikan.
6. Lakukan pemonitoran ke atas keadaan pesakit apabila Nitroglycerin IV diberikan untuk mengetahui jika tahap kesakitan ada berkurangan
B. Ubat-ubatan
7. Berikan oksigen 2 L hingga 8 L seperti yang diarahkan oleh doctor bagi mengurangkan iskemia myocardium dan mengurangkan kesakitan.
8. Beri ubat Nitroglycerin bagi mendilatkan arteri koronari
9. Berikan narkotik seperti Morphine 5 mg setiap 4 jam atas arahan doctor bagi mengurangkan kesakitan.
10. Berikan ubat-ubat lain seperti Aspiran 80 mg OD bagi menghancurkan trombus pada salur koronari dan mengalakkan pengaliran darah ke miokardium
.
Perubahan isipadu kardiak berkaitan dengan gangguan fungsi jantung
A. Perawatan kejururawatan
1. Monitor tanda vital pesakit setiap 4 jam atau lebih kerap untuk mengetahui jika beliau mengalami kekurangan isipadu kardiak yang akan dimanifestasikan dengan keputusan berikut. Kurang dari tekanan darah 120/80. Kadar nadi lebih dari 84 per minit. Kadar pernafasan lebih dari 24 per minit.
2. Nilaikan keadaan pesakit dari segi kulit warna pucat dan sejuk sebab ini menandakan bahawa sirkulasi darah beliau adalah terjejas.
3. Monitor arterial blood gas dan jika PaO2 adalah kurang dari 80mmHg, ini perlu dilaporkan kepada doctor.
4. Catit carta pengambilan dan pengeluaran. Jika pengambilan adalah lebih dari pengeluaran, ini menandakan retensi cecair badan berkaitan dengan fungsi jantung yang lemah. ( Pengeluaran urin kurang dari 30 ml se jam ).
5. Nasihat pesakit berehat untuk mengurangkan keperluan untuk tenaga.
B. Ubat-ubatan
6. Beri oksigen 2 hingga 3 liter atau lebih atas arahan doctor bagi memenuhi keperluan jantung untuk oksigen.
7. Beri ubatan mengikut arahan doctor iaitu Nitroglycerin 1 tablet SL untuk mendilatkan arteri koronari.
.
Takut, anxiety dan bimbang berkaitan dengan penyakitnya dan kematian
A. Perawatan kejururawatan
1. Terangkan tentang peralatan yang digunakan, prosedur dan penilaian perawatan yang kerap kali dijalankan untuk mendapat kerjasama pesakit.
2. Bincangkan dengan pesakit dan ahli keluarga pengendalian penjagaan perawatan dan rawatan yang akan dijalankan seperti pemberian infusi Nitroglycerin yang berterusan supaya tidak merasa takut.
3. Perhatikan untuk tahap kebimbangan secara fisikal seperti peningkatan kadar nadi dan tanya pesakit jika beliau mempunyai sebarang kemusykilan.
4. Lakukan urutan belakang pesakit untuk mengalakkan relaksasi
5. Benarkan ahli keluarga menemani beliau supaya beliau tidak rasa terlalu takut
6. Galakkan pesakit mengamalkan kepercayaan beliau untuk mendapat ketenangan jiwa
7. Lakukan segala perawatan kejururawatan dengan betul dan yakin untuk mendapatkan kepercayaan pesakit
B. Ubat-ubatan
8. Berikan sedative seperti Diazepam 5 mg stat atas arahan doctor untuk menenangkan fikiran pesakit
.
Defisit pengetahuan pesakit tentang penyakit, jagaan diri / pendidikan kesihatan
A. Perawatan kejururawatan
1. Ambil makanan kurang lemak dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengurangkan mendapan lemak dalam salur koronari
2. Lakukan senaman yang selamat seperti berjalan 20 minit 3 kali seminggu untuk melancarkan pengaliran darah
3. Lakukan kerja mengikut kemampuan klien sendiri untuk mengelak meletihkan sendiri yang akan menyebabkan kesakitan lagi
4. Kurangkan stres seperti mengamalkan fikiran yang terbuka supaya tidak selalu marah
5. Berhenti tabiat buruk seperti merokok yang boleh menyebabkan penyempitan salur koronari
6. Datang untuk rawatan susulan untuk mengetahui prognosis keadaan
B. Ubat-ubatan
7. Komplian dengan ubat-ubatan seperti Nitroglycerin SL 1 tablet jika ada sakit jantung sahaja untuk mendilatkan salur koronari
8. Ikut nasihat doctor contoh jika perlukan pembedahan untuk memperbaiki keadaan
.
Komplikasi angina pectoris
1. Penyempitan arteri koronari lama kelamaan akan menjadi tersekat.
2. Kekurangan bekalan darah lama kelamaan akan menyebabkan kematian myocardium yang dikenali sebagai acute myocardial infarction. ( AMI )
3. AMI menyebabkan renjatan dan kegagalan fungsi jantung
4. Aritmia berlaku akibat dari kekurangan bekalan darah dan ini menyebabkan kelemahan dan gangguan kontraksi jantung.
5. Apabila peredaran darah di antara jantung dan paru-paru menjadi kurang baik, plasma akan berkumpul di dalam paru-paru dan menyebabkan edema pulmonary
6. Gangguan peredaran darah di dalam paru-paru akan menyebabkan pengumpulan sel sel darah dan ini dikenali sebagai embolisma pulmonary.
.
Pendidikan kesihatan
1. Berhenti merokok
2. Makan makanan yang sihat contoh kurangkan lemak, tambahkan buah buahan dan sayur sayuran
3. Lakukan senaman pasif 20 minit sehari, 3 kali seminggu
4. Kurangkan berat badan
5. Komplian dengan rawatan
6. Teruskan rawatan bagi diabetes, hipertensi dan kolesterol tinggi jika ada
7. Rehat sebelum angina menyerang
8. Elakkan makanan yang terlalu banyak
9. Lakukan relaksasi untuk mengurangkan stress

Sunday, January 4, 2009

Pengurusan perawatan penyakit jantung kongenital

1. Perubahan keluaran kardiak
i. Rancangkan penjagaan perawatan untuk memberi tempoh rehat yang tidak terganggu contoh mandi kerap, tukar baju kerap dan selalu mendukung kanak-kanak.
ii. Elak kanak-kanak dari selalu menangis:
- menyusu jika lapar
- selesaikan bayi
iii. Terangkan kepentingan rehat kepada kanak-kanak jika belaiu dapat faham
iv. Berikan terapi peralihan yang tidak mengguna banyak tenaga seperti mainan pasif
v. Elak meletakkan pesakit di dalam keadaan terlalu panas atau terlalu sejuk
vi. Elak dari keadaan sembelit
vii. Berikan ubat seperti berikut:
- Digoxin ( Lanoxin ) untuk menguatkan kontraksi jantung dan mengurangkan kadar denyutan jantung
- Diuretik iaitu Frusemide untuk merangsangkan pesakit berkencing supaya tekanan darah akan menurun
.
2. Anxiety / takut
i. Terangkan masalah jantung kepada ibubapa dan kanak-kanak jika beliau faham
- bincangkan keadaan jantung dalam bahasa yang boleh difahami
- jawab setiap soalan secara jujur
- jelaskan jika terdapat kemusykilan tentang penyakit
ii. Terangkan setiap prosedur yang akan di lakukan
- biarkan kanak-kanak dan ibubapanya meluahkan perasaan ketakutannya
- rujukkan kepada doktor jika perlu untuk mendapat penjelasan yang selanjut
iii. Sediakan kanak-kanak dan ahli keluarga untuk pembedahan dengan mengukuhkan penerangan yang sudah diberi oleh doktor
iv. Rujukkan kanak-kanak kepada pekerja sosial untuk mendapat bantuan jika beliau perlu untuk masa lama.
.
3. Defisit pengetahuan
i. Nasihat ibubapa tentang berikut:
- melengkapi imunisasi anak mereka
- makanan dan rehat yang mencukupi
- mengelak dan mengawal jangkitan
- pemeriksaan perubahan dan pengigian yang mengikut jadual. Pastikan antibiotik diberikan sebagai profilaksis untuk mengelak endokarditis infektif
- pemeriksaan jantung mengikut jadual
ii. Ajarkan ibubapa tentang kerosakan jantung dan rawatannya seperti berikut
- manifestasi klinikal chronic heart failure
- tanda episod hipoksia berkaitan dengan penyakit
- kehendak untuk mengelak dehidrasi yang menambahkan komplikasi trombosis
- mengambil langkah-langkah kecemasan bagi edema pulmonary dan cardiac arrest
- peralatan khas di rumah seperti bekalan oksigen
iii. Galakkan ibubapa menemani anak mereka
- elak terlalu memanjakannya
- elak mengetepikannya
- elak dari menunjukkan ketakutan di hadapan kanak-kanak
- bantu keluarga mengawal kemarahan, perasaan salah dan kebimbangan
- tegaskan tentang rawatan susulan
- faham bahawa tumbesaran kanak-kanak adalah mengikut keadaan sekarang

Persistent ductus arteriosus

Definisi persistent / patent ductus arteriosus
Persistent ductus arteriosus ialah pembukaan tetap di antara arteri pulmonari dan aorta yang menyebabkan left to right shunt / aliran darah dari kiri ke kanan.

Patofisiologi
Semasa bayi di dalam kandung ibu
6
Ductus arteriosus adalah saluran bagi pengaliran darah dari arteri pulmonari ke aorta dan dengan itu, darah akan memirau ( bypass ) paru-paru
6
Penghasilan endogenous PGE ( prostaglandin E ) merelakskan otot licin ducktus arteriosus supaya ia sentiasa terbuka
6
selepas bayi dilahirkan
6
bila bayi berjaya bernafas sendiri, darah mula mengalir ke paru-paru
6
otot licin di dalam salur ductus arteriosus mengecut dan salur ini akan tutup dalam masa 24 jam selepas bayi dilahirkan
6
selepas beberapa minggu, perubahan degeneratif akan menyebabkan ductus arteriosus menjadi tisu perantara fibrous yang dikenali sebagai ligamentum arteriosum
6
dalam keadaan PDA
6
Tekanan darah tinggi yang beroksigen akan mengalir dari aorta ke arteri pulmonari melalui PDA
6
darah yang mengalir balik membebankan jantung dan paru-paru yang akan gagal untuk memenuhi kehendak tisu periferal
.
Manifestasi klinikal PDA
1. Dispnea
2. Keletihan
3. Kesukaran menyusu / makan
4. Kerap mengidapi jangkitan pernafasan
5. Tumbesaran terbantut
6. Kurang toleransi senaman
.
Rawatan
1. Nama ubat: Indomethiacin – bertindak ke atas duktus arteriosus untuk menutupnya
Dos:
0.6 mg ( kanak-kanak )
25 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: TDS
.
2. Pembedahan – dilakukan untuk bayi kurang dari 2 tahun dan duktus arteriosus akan diikatkan
Komplikasi
1. Chronic heart failure
2. Infective endocarditis

Tetralogy of Fallot

Definisi TOF
TOF ialah cyanotic heart defect ( kerosakan jantung sianotik ) yang merangkumi
pulmonary stenosis ( right ventricular outflow obstruction ) ,
right ventricular hypertrophy,
overriding of aorta ( dextraposition of the aorta / aorta shifted to right ),
ventricular septal defect ( opening between ventricles )
Patofisiologi TOF
Stenosis pulmonari menyebabkan gangguan pengaliran darah dari ventrikel kanan ke paru-paru
6
Lama-kelamaan, ventrikel kanan menjadi hipertrofi akibat dari peningkatan tekanan darah di dalam ventrikel
6
Darah akan mengalir dari ventrikel kanan ke ventrikel kiri melalui VSD dan seterusnya ke aorta
6
Darah kurang oksigen akan bercampur dengan darah beroksigen dan mengalir ke seluruh badan melalui aorta
.
Manifestasi klinikal TOF
1. Kurang oksigen
Sianosis
Pucat
Dispnea
Takipnea
Hipoksia
Pink tetralogy jika stenosis pulmonari tidak begitu sempit
Clubbing jejari tangan dan kaki
Iritabiliti
2. Postur badan
Lebih suka bertinggung ( squat )
3. Peningkatan hematokrit akan menyebabkan polisitemia
Iskemia serebral
Flasiditi
Hilang kesedaran
Perkembangan terencat
.
Rawatan
1. Blalock-Taussig shunt – anastomosis ( sambungan ) diantara arteri subklavian dan arteri pulmonary kanan untuk menjadikan duktus arteriosus artificial
2. Waterston shunt – anastomosis antara aspek lateral posterior aorta dan arteri pulmonary kanan
3. Patch closure dan sekatan aliran ventrikel kanan dibesarkan





Komplikasi TOF
1. Chronic heart failure bagi yang baru lahir
2. Endokarditis infektif
3. CVA ( cerebral vascular accident ) disebabkan oleh trombosis akibat pernambahan viskositi darah atau hipoksia yang teruk
4. Abses otak

Stenosis pulmonari

Definisi stenosis pulmonari
Stenosis pulmonari ialah penyempitan sebahagian arteri pulmonik yang menyekat pengaliran darah.
Patofisiologi pulmonari stenosis

Akibat dari penyempitan sebahagian arteri pulmonari, darah gagal mengalir dengan sempurna dari ventrikel kanan ke paru-paru
6
Tekanan ventrikular kanan terpaksa meningkat untuk mengekalkan keluaran kardiak normal
6
Lama-kelamaan, hipertrofi ventrikular kanan akan terjadi
6
komplikasi hipertrofi ventrikular kanan ini menyebabkan kegagalan jantung kanan
.
Manifestasi klinikal pulmonary stenosis
Dispnea
Sianosis
Kesakitan prekordial ( kesakitan di belakang pertengahan sternum )
Tidak berdaya melakukan banyak aktiviti
.
Rawatan:
Valvulotomi – pembedahan bagi membaiki injap arteri pulmonary
Komplikasi
1. Anoksia
2. Bacterial endocarditis
3. Kematian berlaku tiba-tiba

Atrial septal defect

Definisi ASD
Atrial septal defect ialah pembukaan abnormal di septum antara atrium kiri dan atrium kanan.


Patofisiologi
ASD membenarkan pengaliran darah di antara dua kamar atrium
6
Melalui ASD, darah dari atrium kiri mengalir ke atrium kanan dan menambahkan tekanan di dalam atrium kanan
6
reversal of shunt berlaku apabila darah mengalir dari atrium kanan ke atrium kiri
6
Terdapat campuran di antara darah beroksigen dan darah kurang oksigen
6
Darah campuran ini mengalir ke ventrikel kanan
6
Pernambahan tekanan darah dan rintangan pulmonari menyebabkan right ventricle hypertrophy ( CCF )
6
jika terlalu banyak darah dialirkan ke paru-paru, oedema pulmonari akan terjadi
Manifestasi klinikal ASD
Dispnea
Letih
Congestive cardiac failure
Edema pulmonari
Pembesaran terbantut
Kerap mengidapi penyakit pernafasan
.
Rawatan:
1. Pembedahan menggunakan surgical closure menggunakan suture atau patch dan juga pemindahan jantung mungkin boleh dijalanakan

2. Rawatan perubatan bagi congestive heart failure
2.1 Nama ubat: Frusemide / Lasix mengkumuhkan cecair dalam bentuk urin, mengurangkan tekanan darah ventrikel dan mempunyai kesan vasodilator
Cara: Oral
Dos:
1.5 mg / milligram ( kanak-kanak )
40 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: TDS
.
2.2 Positive inotropic agents untuk mengurangkan kadar denyutan jantung dan menguatkan kontraksi jantung iaitu:
Positive inotropic agent
Nama ubat: Digoxin ( dari kumpulan digitalis )
Cara: oral
Dos:
30 mcg / microgram ( kanak-kanak )
150 mcg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
Nama ubat: Dopamine
Cara: oral
Dos:
6 mcg ( kanak-kanak)
1000 mcg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
Nama ubat: Dobutamine
Cara: intravena
Dos:
6 mcg ( kanak-kanak)
125 mcg ( orang dewasa )
Kekerpan: OD
.
2.3 Vasodilator untuk mendilat salur peripheral iaitu vena, venul dan arteriol iaitu:
Nitrates:
Nama ubat: Nitroglycerin
Cara:
sublingual ( bawa lidah )
intravena
Dos:
1 tablet ( bawah lidah )
0.5 mcg / minit ( kanak-kanak )
5 mcg / minit ( orang dewasa )
Kekerapan: Maximum 3 kali sahaja ( jarak 5 minute ) ( bawah lidah )
.
Nama ubat: Isosorbide dinitrate
Cara: oral
Dos:
5mg ( orang dewasa sahaja )
Kekerapan: TDS
.
Nama ubat: Hydralazine
Cara: oral
Dos:
2.25 mg ( kanak-kanak )
40 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
Nama ubat: Prazosin
Cara: oral
Dos:
0.03 mg ( kanak-kanak )
0.5 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: TDS
.
2.4 Angiostensin-converting enzyme inhibitor untuk menghentikan tindakan angiotensin II, mengurangkan tekanan ventrikel, mengurangkan kadar jantung dan mengurangkan workload jantung serta menambahkan output kardiak
Nama ubat: Captopril
Cara: oral
Dos:
0.45 mg ( kanak-kanak )
25 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: TDS
.
Nama ubat: Enalapril
Cara: oral
Dos:
0.3 mg ( kanak-kanak )
5 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
Komplikasi
1. Infective endocarditis akibat pemasukan mikrob dari paru-paru dan prosedure invasif
2. Kegagalan fungsi jantung ( cardiac failure ) disebabkan oleh kebebanan jantung
3. Hipertensi pulmonari diakibatkan oleh peningkatan tekanan di ventrikel kanan dan atrium kiri
4. Penyakit arteri koronari ( coronary artery disease ) terjadi akibat penurunan pengaliran darah ke jantung
5. Fibrilasi atrial ( atrial fibrillation ) disebabkan oleh keabnormalan struktur atrium
6. Prolaps injap mitral ( mitral valve prolapse ) berlaku bila terdapat kelemahan septum
7. Selepas pembedahan untuk membetulkan septum, komplikasi lain mungkin berlaku seperti disritma kardiak, heart block, mitral insufficiency

Penyakit jantung kongenital

Ventricular septal defect / VSD

Ventricular septal defect ( defek septal ventrikular ) ialah suatu lubang pada septum diantara sebelah kiri dan sebelah kanan ventrikel jantung.
Patofisiologi
Pernambahan tekanan di dalam ventrikel kiri mengalakkan pengaliran darah beroksigen ke ventrikel kanan. Ia dikenali sebagai a left to right shunt
6
Darah beroksigen ini bercampur dengan darah kurang oksigen di dalam ventrikel kanan dan juga atrium kanan
6
Oleh demikian, tekanan di dalam ventrikel kanan dan arteri pulmonari menjadi lebih tinggi
6
Akibat daripada penambahan tekanan ini, darah akan dipamkan ke paru-paru
6
Jika rintangan arteri pulmonari adalah kuat, sebahagian daripada darah ini akan mengalir balik ke ventrikel kiri melalui septum berlubang ini dan menyebabkan keadaan dikenali sebagai kompleks Eisenmenger's
.
Manifestasi klinikal
1. Kurang oksigen
Pucat
Lemah
Keletihan
2. Kesukaran menyusu
Kurus
Pembesaran terbantut
Kerap mengidapi jangkitan pernafasan
3. Takipnea
4. Diaforesis
.
Pengurusan klien dengan penyakit jantung congenital
Rawatan medikal:
Diuretic untuk mengkumuhkan cecair dalam bentuk urin, mengurangkan tekanan darah ventrikel dan mempunyai kesan vasodilator iaitu:
Nama ubat: Frusemide / Lasix
Cara: Oral
Dos:1.5 mg / milligram ( kanak-kanak ) 40 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: TDS
.
Positive inotropic agent untuk mengurangkan kadar denyutan jantung dan menguatkan kontraksi jantungi.
ii. Nama ubat: Digoxin ( dari kumpulan digitalis )
Cara: oral
Dos:30 mcg / microgram ( kanak-kanak )150 mcg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
ii. Nama ubat: Dopamine
Cara: oral
Dos:6 mcg ( kanak-kanak)1000 mcg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
iii. Nama ubat: Dobutamine
Cara: intravena
Dos:6 mcg ( kanak-kanak)125 mcg ( orang dewasa )
Kekerpan: OD
.
iv. Nama ubat: Amrinone
Cara: intravena
Dos:10 microgram / kg ( kanak-kanak ) 750 mcg / kg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
v. Nama ubat: Milrinone
Cara: oral
Dos:0.25 mcg / kg ( kanak-kanak ) 50 mcg/kg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
Vasodilator untuk mendilat salur peripheral iaitu vena, venul dan arteriol.
Nitrates:
i. Nama ubat: Nitroglycerin
Cara: sublingual ( bawa lidah ) intravena
Dos:1 tablet ( bawah lidah ) 0.5 mcg / minit ( kanak-kanak ) 5 mcg / minit ( orang dewasa )Kekerapan: Maximum 3 kali sahaja ( jarak 5 minute ) ( bawah lidah )
.
ii. Nama ubat: Isosorbide dinitrate
Cara: oral
Dos:5 mg ( orang dewasa sahaja )
Kekerapan: TDS
.
iii. Nama ubat: Hydralazine
Cara: oral
Dos: 2.25 mg ( kanak-kanak ) 40 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
iv. Nama ubat: Prazosin
Cara: oral
Dos: 0.03 mg ( kanak-kanak ) 0.5 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: TDS
.
Angiotensin-converting enzyme inhibitor ( ACE inhibitor ) untuk menghentikan tindakan angiotensin II, mengurangkan tekanan ventrikel, mengurangkan kadar jantung dan mengurangkan workload jantung serta menambahkan output kardiak.
Nama ubat: Captopril
Cara: oral
Dos:0.45 mg ( kanak-kanak ) 25 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: TDS
.
ii. Nama ubat: Enalapril
Cara: oral
Dos: 0.3 mg ( kanak-kanak ) 5 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
Pembedahan
1. Pulmonary artery banding iaitu menggunakan satu pita untuk mengetatkan arteri pulmonary bagi mengawal pengaliran darah ke paru-paru.
2. Surgical patch closure untuk menutupi lubang.
.
Komplikasi
1. Infective endocarditis
Penyakit ini terjadi bila terdapat jangkitan dari keadaan seperti cardiac catheterization. Inflamasi berlaku di bahagian endokardium. Salur darah yang kecil akan pecah dan pendarahan akan dihentikan oleh kehadiran fibrin dan platelet. Fibrin dan platelet juga memerangkap mikrob-mikrob yang ada. Pada masa yang sama, bahan-bahan ini akan merosakkan injap jantung.
2. Congestive heart failure
3. Chronic heart failure